Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM Kena Cakap Di...

PELIK... Tindakan Pejabat Perdana Menteri keluar kenyataan konon pihak kerajaan tidak perakui Konvensyen...

Demam Denggi, Dek Wan...

TERNYATA jangkitan demam denggi tidak membuatkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi...

Netanyahu Berdepan Tekanan Eropah

PARIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdepan kritikan pedas ketika memulakan lawatan...

Shahrir: Kerjasama Dengan UMNO...

Veteran Umno Shahrir Samad mempersoalkan apakah kerjasama dengan Umno dalam kerajaan pusat kini...

Jadikan Faizal Sebagai Sifu, Hael Ada Cara Sendiri

SEBAGAI komposer baharu yang sedang meniti populariti, Hael Husaini akui bahawa dia cuba untuk ikut formula yang digunakan oleh penyanyi hebat Faizal Tahir dalam pembikinan karyanya.

Namun itu tidak bermaksud penyanyi lagu Haram itu meniru 100% cara ‘Superman Malaysia’ tersebut.

Baru-baru ini, ramai netizen menganggap bahawa lagu baharu ciptaannya bersama dengan Ezra Kong berjudul Haram nyanyiannya bersama dengan Dayang Nurfaizah bagaikan mempunyai persamaan dengan rentak muzik yang dibawa oleh Faizal.

Bagaimanpun, Hael menafikan dakwaan tersebut kerana dia sama juga seperti Faizal yang mana mereka sentiasa mahu berusaha bagi mencari pembaharuan dalam setiap karya.

“Jika diamati dengan teliti, corak muzik saya dan Faizal agak berbeza. Diakui, ada yang menganggap Haram mempunyai persamaan dengan lagu ciptaan Faizal. Memang ada persamaan, tetapi hanya dari segi formula.

“Kita tahu Faizal antara komposer yang berani menampilkan pembaharuan dalam setiap karyanya. Saya ambil semangat itu dengan mengikut jejak langkahnya apabila cuba membawa muzik saya ke depan,” ujarnya dipetik daripada portal BH Online.

Kini, muzik video lagu Haram yang telah dimuat naik di laman YouTube sejak 13 April lalu telah mendapat sebanyak hampir empat juta kali tontonan.


Terbukti bahawa lagu Haram kini telah berjaya mengatasi kekuatan Jampi kerana telah mencatat hampir sejuta tontonan dalam masa sebulan diperkenalkan.

Oleh itu, ia sebagai satu pencapaian yang membanggakan buat pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) itu.

“Saya mendapat kepuasan yang maksimum ketika menghasilkan video muzik ini. Tambahan pula, Dayang memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang penggambaran dijalankan.

“Saya juga gembira membaca pelbagai maklum balas memberangsangkan daripada peminat yang menyukai usaha kami itu,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori