Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Klinik Kesihatan KL Bakal...

KUALA LUMPUR - Waktu operasi perkhidmatan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher...

Jabatan Peguam Negara Hentikan...

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara memberhentikan pendakwaan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM)...

Korban Nahas Bas Brazil...

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh apabila sebuah bas pesiaran terhumban...

PM Lee Sampaikan Ucapan...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari...

“Jaga Hati Orang Tua Yang Masih Sayang UMNO, BN”

SITUASI semasa politik tanah air yang kini beralih arah pasti memberi perasaan berbeza kepada setiap rakyat Malaysia.

Tidak dapat dinafikan, Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negara sejak lebih enam dekad lalu banyak berjasa dalam pembangunan negara.

Namun hendak atau tidak, kuasa memilih berada sepenuhnya di tangan rakyat yang pastinya mahukan yang terbaik untuk negara.

Ini adalah demi memacu barisan kempimpinan negara yang baharu mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik lagi.

Dalam pada kebanyakkan rakyat terutamanya golongan muda bersyukur dengan peralihan kuasa yang berlaku pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kita mungkin terlupa bahawa golongan tua atau veteran adalah yang paling terkesan dengan perubahan kali ini.

Golongan ini lahir dan membesar sehingga meniti usia tua mereka di bawah pemerintaan BN-UMNO dan sudah pastinya melihat pelbagai perubahan dan pembangunan negara di bawah tampuk kepimpinan kerajaan.

Ekoran itu, beberapa status dilihat memenuhi di ruang media sosial meminta agar golongan anak-anak muda menjaga nilai sensitiviti golongan vetaran yang mana sangat menyanyangi parti yang bagitu banyak berjasa kepada rakyat dan negara.


Apa yang berlaku di negara kita ini menunjukan betapa rakyat terutama sekali golongan muda semakin serius dan mahukan kerajaan baharu untuk memacu negara ke arah yang lebih baik.

Tidak kira parti mana yang memerintah, apa yang penting adalah siapa yang memerintah dan bagaimana mereka mentadbir negara yang tercinta ini.

Apa pun setiap orang pastinya mempunyai pendapat yang tersendiri yang harus kita hormati. Jangan sesekali membiarkan perbezaan itu menjadi punca perbalahan sesama kita. – MYNEWSHUB.CC

Kategori