Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tak Akan Laksanakan...

SHAH ALAM - Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di...

Pemuda UMNO Perlu Miliki...

PASIR PUTEH – Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan setiap anggotanya mempunyai semangat jati...

China Dituduh ‘Hantar’ Sampah...

HONG KONG - Pemimpin Hong Kong menyalahkan China kerana peningkatan sampah sarap di sepanjang...

Gagal Patuhi Aspek Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Sikap kontraktor yang kurang mementingkan aspek keselamatan di tapak pembinaan...

“Jamal, Sila Datang Ke Balai Segera” – Polis

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos diarah segera untuk tampil ke balai bagi menyelesaikan proses jaminannya yang masih tergendala.

Arahan itu adalah bagi mengelakkan dirinya terus menjadi buruan pihak berkuasa selepas dikatakan cuba beri alasan sedang berehat berikutan sakit belakang yang dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata pihaknya hanya mahu Jamal menyelesaikan perkara itu dan tidak melengah-lengahkan proses itu.

“Kita minta dia hadir. Just turn up (Hadir sajalah). Buat masa ini, dia belum datang berjumpa kita.

“Sebaik dia hadir, kita akan teruskan proses dokumentasi jaminannya,” katanya tanpa menyatakan tempoh masa yang diberikan kepada Jamal.

Jamal, 48 hari ini mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini, Jumaat lalu.

Katanya, beliau menyangka proses jaminan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya pada hari terbabit sudah selesai sebelum beredar keluar dari hospital untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.


Biarpun menerima panggilan memaklumkan pihak polis sedang mengesannya, beliau memutuskan untuk berehat sementara waktu memandang keadaan dirinya yang tidak begitu sihat.

Terdahulu, beliau didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori