JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menyeru masyarakat di negeri ini agar jangan bimbang untuk keluar beramai-ramai esok untuk mengundi demi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.
Beliau berkata pihak polis memberi jaminan proses pengundian Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) di Johor esok akan berlangsung dengan dengan aman.
Katanya setakat ini tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Johor adalah baik dan terkawal.
“Saya nasihatkan masyarakat di negeri ini agar sentiasa patuh kepada semua arahan dalam proses pelaksanaan PRU14 dan tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan dan undang-undang sedia ada” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA