Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala...

KOTA BHARU – Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi fasa pertama sepanjang 10.5...

Ekonomi Sabah Merosot Di...

KUALA LUMPUR - Biarpun hampir dua tahun Pakatan Harapan (PH) menerajui Sabah dan...

Kumpulan Serpihan Al-Qaeda Kuasai...

BEIRUT - Kumpulan serpihan Al-Qaeda mengukuhkan cengkaman di wilayah Idlib, Syria selepas beberapa...

Perlis Bakal Jadi Pengeluar...

KANGAR - Perlis bakal menjadi pengeluar utama benih sayuran untuk keperluan tempatan dan...

“Jangan Kaitkan Isu Uqasha Dengan RHP” – Michael

KONTROVERSI yang membabitkan pelakon drama Rahsia Hati Perempuan, Uqasha Senrose yang dikatakaan ‘lalok’, tidak sama sekali menjejaskan karya terbaharu arahan Michael Ang.

Uqasha yang merupakan salah seorang pelakon utama drama berkenaan telah ditahan oleh pihak berkuasa pada minggu lalu dan menafikan dakwaan dirinya berada dalam keadaan khayal kerana memiliki enam bungkus aluminium berisi 53 pil Eramin 5.

Malah, hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon putih melepak itu juga negatif.

Michael ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro memberitahu bahawa seandainya perkara tidak benar itu berlaku, ia tidak seharusnya dikaitkan dengan drama Rahsia Hati Peremuan yang kini sedang ditayangkan.

“Sejak Rahsia Hati Perempuan disiarkan Isnin lalu di Astro Ria, saya mendapat banyak maklum balas positif. Tidak kurang juga memuji lakonan empat pelakon utama drama itu termasuk Uqasha.

“Berbanding Coffee Prince dulu, saya akui Rahsia Hati Perempuan langsung tidak menerima maklum balas negatif di semua laman sosial media seperti di Twitter dan Instagram,” ujarnya.


Bagaimanapun, pengarah terkenal itu tetap beranggapan bahawa ia merupakan satu perkara yang tidak adil kerana mengakitkan isu yang berlaku itu dengan drama arahannya.

“Sebaiknya kita jangan menghukum sebelum keputusan diumumkan. Sudah terbukti segala dikaitkan dengan Uqasha adalah tidak benar,” tambahnya.

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama berkenaan ialah Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Ogy Ahmad Daud dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori