Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hari Kemerdekaan Diseragam Mulai...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan mulai tahun depan sambutan Hari...

Peguam Negara Mesti Beritahu...

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tommy Thomas bertanggungjawab untuk memberitahu mahkamah maklumat sebenar mengenai...

Ketua Pemuda Arau Dakwa...

SAUDARA Syed Atief Ketua Pemuda Arau mendakwa Ketua Bahagian beliau yang juga merupakan...

Tahan Nelayan Indonesia Tangkap...

LUMUT Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Perak menahan sebuah bot nelayan...

Jangan Masukkan Unsur Politik Dalam Ceramah

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mengingatkan supaya semua penceramah yang ingin mengadakan ceramah di dalam masjid supaya tidak memasukkan unsur politik bagi menjaga kesucian dan kemuliaan tempat ibadah.

Beliau berkata ia adalah atas titah Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan arahan telah diberikan kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk mengeluarkan pekeliling bagi memastikan sebarang bentuk ceramah, tazkirah atau penerangan yang dijalankan di dalam masjid tidak mengandungi elemen kempen parti politik.

“Kalau hendak buat ceramah dan program agama macam biasa boleh tetapi kalau dalam ceramah itu penceramah ada sebut nama mana-mana parti politik, itu tidak dibenarkan kerana kita hendak jaga kesucian tempat ibadah selain tidak mahu berlaku pergaduhan.

“Sekiranya penceramah yang dijemput itu masih memasukkan unsur politik dalam ceramahnya, orang ramai yang berada di dalam masjid tidak boleh mengambil tindakan sendiri seperti menghalau atau bergaduh sebaliknya memaklumkan kepada imam atau jawatankuasa kariah masjid untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program bersama komuniti Masjid Al-Rahmah di sini, hari ini.


Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang guru agama jemputan diserang dengan kata-kata kesat oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong gabungan pembangkang di Masjid Sungai Seluang, Kulim, semalam. – BERNAMA

Kategori