Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Peminat Gelar Kim Kardashian...

Kim Kardashian bersetuju apabila digelar sebagai 'fat bit*h' oleh satu satu akaun troll di...

Nabil Sambut Raya Sederhana...

BAGI pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, kemeriahan sambutan hari raya tahun ini tidak...

Musim Umrah Diawalkan Mulai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi hari ini mengumumkan musim umrah bagi tahun baharu...

Najib Berlepas Ke Myanmar...

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Myanmar selepas...

“Jangan Salah Faham, Mereka Anak Kandung Saya”

NAMPAKNYA kontroversi melibatkan tiga orang anak usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri seperti tiada kesudahan malah semakin menjadi kecoh.

Sebelum ini, anak-anak pasangan itu iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6, menjadi bualan apabila Aliff menghantar mereka ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya dengan tujuan mengajar erti hidup susah dan berdikari.

Baca: Aliff Syukri Mahu Ajar Anak Hidup Susah

Kali ini, ketiga-tiga anak mereka sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila ada pihak yang menyangka mereka adalah anak angkat kepada jutawan itu.

Menafikan perkara itu, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi entri tersebut, Nurshahida menjelaskan bahawa ketiga-tiga mereka adalah anak kandungnya. Menurut Nurshahida, dia melahirkan Ammar ketika berumur 23 tahun dan Qadejah sewaktu berusia 25 tahun.

Katanya lagi, anak bongsu mereka yang lebih mesra disapa Baem pula dilahirkan ketika Nurshahida berusia 27 tahun.


Perkongsian yang mendapat lebih daripada 21,000 tanda suka itu dilihat telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman berkenaan.

Rata-rata komen ditinggalkan oleh para pengikutnya meminta isteri kepada jutawan kosmetik itu supaya bersabar dan tidak mengambil peduli tohmahan negatif yang dilemparkan.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen terutamanya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori