Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kumpulan Azmin Jumpa Mahathir

BEBERAPA pemimpin dari ‘kumpulan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Yayasan Al...

Siti Nurhaliza Jadi Hos...

SELEPAS kejayaan melibatkan diri dalam bidang pengacara buat pertama kali menerusi program bual...

Hanya Seorang Polis Bantuan...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hanya seorang daripada empat rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam...

Empat Maut, Dua Parah...

KUANTAN – Empat maut, manakala dua lagi cedera parah apabila kereta dinaiki mereka...

Janna Nick Sambut Ramadan, Syawal Di Luar Negara

PELAKON Janna Nick memberitahu sambutan Ramadan dan Syawal untuk kali ini memberikan pengalaman yang cukup berbeza apabila bakal meraikannya di luar negara.

Menurut Janna, dia akan menyambutnya di Rusia bersempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang mana jenama telefon bimbit China, Vivo sebagai penaja utama dan dia merupakan duta kepada produk tersebut.

“Saya akan bertolak ke Rusia empat hari sebelum Aidilfitri dan akan pulang ke Malaysia empat hari selepas bulan Syawal bersama-sama dengan pemenang yang menyertai peraduan anjuran Vivo.

“Sudah tentu saya cukup teruja memandangkan saya memang peminat bola sepak dan peluang menyaksikan Piala Dunia adalah sesuatu yang sangat istimewa,” katanya dipetik KopiPlanet.com.

Kata pemilik nama sebenar Nurul Janna Muner itu lagi, ia merupakan kali pertama dia menyambut puasa dan Aidilfitri di luar negara.

Malah, Janna juga sempat memberitahu dia bakal membawa adiknya untuk menemani dirinya sepanjang keberadaannya di negara tersebut.


“Setakat ini belum ada tajuk lagi untuk single terbaharu saya. Ia akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti dan ia merupakan lagu berentak balada.

“Selain itu, sepanjang bulan puasa ini juga saya busy dengan penggambaran drama Hingga Ke Jannah untuk slot Samarinda bersama Fahrin Ahmad,” ujar Janna. – MYNEWSHUB.CC

Kategori