Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

GHB Ambil Alih Parti...

GEORGETOWN - Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah...

Sambutan Hari Malaysia Peringkat...

LABUAN - Sambutan Hari Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bersempena dengan sambutan Bulan...

Pelajar Kolej Didakwa Beri...

SEPANG - Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir menjadi individu pertama dihadapkan ke...

Manchester City Mahu Menghukum...

NAMPAKNYA Alexis Sanchez akan kekal di Emirates sehingga penghujung musim ini selepas Manchester...

JDT Lebarkan Jurang Mata, Benam Negeri Sembilan 4-0

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan jurang mata dalam carta kedudukan liga selepas membenam pasukan tercorot, Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Perbezaan jurang mata itu turut dipengaruhi dengan keputusan perlawanan antara Pahang dan Kedah yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

JDT kini berada di puncak liga dengan mengumpul 24 mata selepas sembilan perlawanan, manakala Pahang di tempat kedua dengan ketinggalan enam mata, diikuti Perak yang mengutip 16 mata dengan kelebihan satu perlawanan manakala PKNS FC di tangga keempat dengan 14 mata.

Penyerang prolifik muda negara, Muhammad Safawi Rasid muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-62 menerusi penalti dan minit ke-73, manakala pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera dan La Vere Lawrence Corbin Ong, masing-masing menjaringkan gol pada minit kelima (penalti) dan ke-37.

Skuad Tok Gajah pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila pemain import dari Brazil, Sandro da Silva berjaya membantu Kedah menyamakan kedudukan sebanyak dua kali untuk berkongsi satu mata.

Pasukan kendalian Dollah Salleh meraih jaringan menerusi pemain import dari Kemboja, Vathanaka Chan pada minit ke-10 dan pemain import dari Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin (minit ke-39), sebelum skuad Lang Merah menyamakan kedudukan menerusi jaringan Sandro pada minit ke-18 dan ke-49.

Sementara itu, PKNS FC melonjak ke tempat keempat selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Melaka United di Stadium Shah Alam, menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Rafael Ramazotti pada minit ke-68 dan bekas penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali pada minit ke-78.


Kelantan pula akhirnya berjaya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-2 di Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Empat gol skuad ‘The Red Warriors’ dijaringkan Nik Azli Nik Alias pada minit kesembilan, Shafiq Shaharudin (minie ke-15 dan 68) serta Nik Akif Syahiran Nik Mat (minit ke-88), manakala Kuala Lumpur berjaya mengurangkan defisit menerusi Indra Putra Mahayuddin (minit ke-79) dan Zhafri Yahya (minit ke-90).

Kali terakhir Kelantan, yang berdepan dengan masalah prestasi sejak awal musim, mencatat kemenangan adalah pada 24 Feb lepas, apabila menewaskan Perak 3-2 di Kota Bharu.

Dalam aksi tunggal Liga Premier pada malam ini, menyaksikan pasukan Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri, Batu Kawan, menerusi dua jaringan penyerang import dari Liberia, Kpah Sean Sherman pada minit ke-63 dan 72. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

Kategori