Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

” Penerbangan Kami Bersama...

SEREMBAN - Juruterbang Malaysia Airlines Kapten Azlan Aboo Bakar dan mendiang Kapten Eugene...

Heidi Gan ‘Lemas’ Di...

RIO DE JANEIRO - Perenang jarak jauh negara, Heidi Gan sekadar mampu menduduki...

Video ‘Main Belakang’ Milik...

BELUM reda lagi mengenai kontroversi penyebaran video lucah yang dikatakan mirip pelakon baru,...

Pembantu Restoran Ditemui Mati...

MELAKA - Seorang pembantu restoran lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah pada...

JKKK Redah Hutan Cari Pengundi Orang Asli

KUALA BERANG – “Bagi memastikan semua 149 pengundi Orang Asli Kampung Sungai Berua menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, saya nekad meredah perjalanan tiga jam menaiki bot dan berjalan kaki selama dua jam untuk mencari penduduk kampung yang bekerja jauh di pedalaman sempadan Terengganu-Pahang untuk pulang mengundi hari ini.

“Usaha itu dilakukan sejak minggu lalu bagi memastikan semua mereka datang mengundi pada hari ini dan saya melihat usaha itu amat berbaloi kerana semua Orang Asli kawasan ini hadir untuk mengundi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Berua, Alias Pelong, 56.

Katanya, walaupun mengambil masa lama berikutan jarak yang jauh selain bentuk muka bumi yang perlu ditempuhi, ia tidak mematahkan semangat untuknya menjejak anak-anak buahnya yang berada dalam kawasan Tasik Kenyir, dan hutan sempadan Terengganu-Pahang.

Perjalanan ke Sungai Cacing, Tasik Kenyir, mengambil masa tiga jam menggunakan bot untuk menemui penduduk yang bekerja di sana manakala bagi kawasan hutan pula dia perlu menggunakan kenderaan sebelum berjalan dua hingga tiga jam dalam hutan bagi menemui penduduk yang bekerja mencari hasil hutan.

Alias berkata, sebaik menemui mereka dia akan meminta semuanya pulang pada hari mengundi kerana peristiwa ini hanya berlaku sekali dalam tempoh lima tahun.

“Kita akui walaupun sukar untuk menjejak semua Orang Asli yang bekerja jauh di pedalaman, dengan kaedah tertentu kita dapat menemui mereka untuk meminta mereka pulang.

“Saya melihat kerjasama penduduk Orang Asli Sungai Berua, amat baik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Hari ini mereka ini keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Tapah, menggunakan kenderaan sendiri selain bantuan kenderaan daripada perayu undi,” katanya.


Setiap kali pilihan raya, Alias sebagai Pengerusi JKKK akan memastikan penduduk di bawah jagaannya keluar mengundi dan bagi yang bekerja jauh di pedalaman pula akan dicari lokasi mereka untuk diminta supaya pulang ke kampung.

Penduduk Orang Asli Sungai Berua, Salleh Wahab, 42, berkata dia ke pusat pengundian jam 8 pagi dengan membawa beberapa orang penduduk kampung untuk menunaikan kewajipan sebagai pengundi.

“Biasanya, masyarakat Orang Asli Sungai Berua, akan keluar mengundi pada sebelah pagi secara berkumpulan dan hari ini saya melihat semua mereka ke pusat pengundian untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

“Ramai yang bekerja mencari hasil hutan, namun kepakaran JKKK menjejak dan memaklumkan supaya pulang mengundi membolehkan semua mereka balik ke kampung lebih awal untuk mengundi,” katanya. – BH ONLINE

Kategori