Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PRU-15 Dijangka Tahun Ini...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangka...

Musim Ke? Pesawat American...

TULSA, Oklahoma - Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang...

Kucing Selamatkan Tuan Dari...

KUALA KANGSAR - Seorang lelaki terselamat daripada bahaya kehadiran seekor ular tedung selar...

23 Rakyat Malaysia Di...

PUTRAJAYA - Seramai 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di...

Kaji Semula Jakim, Umat Islam Jangan Melatah

ALOR SETAR – Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak “melatah” dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengarah Institut Pemikiran Dr. Mahathir (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri yang memberikan ingatan itu berkata, perdana menteri tidak mengatakan untuk menutup Jakim sebaliknya untuk mengkaji peranan dan fungsinya agar beroperasi seperti asal penubuhannya.

“Apabila mengkaji semula perkara itu bemaksud kita akan nampak lompong-lompong yang perlu diperbaiki supaya perjalanan agama Islam di negara kita ini lancar dan menyatukan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Bakul Ramadan 2018 bertemakan “Semarak Sedekah Mengimpi Barakah” membabitkan 40 penerima terdiri warga emas, fakir miskin dan ibu tunggal anjuran IPDM di sini, hari ini, ketika diminta mengulas kritikan orang ramai terhadap cadangan itu di media sosial.

Dr. Ahmad Zaharuddin Sani berkata, rakyat sepatutnya membantu kerajaan dengan membina Malaysia baharu dan tidak sentiasa mengkritik kerana ia tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada yang lebih baik.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, kerajaan akan melihat semula peranan Jakim dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan jabatan itu.

Katanya langkah itu dibuat bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan atau dikembalikan kepada tujuan asal ditubuhkan.


Sementara itu, ketika mengulas tuntutan kontroversi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) yang mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani berkata mereka boleh menyuarakan tuntutan itu tetapi ia bersandarkan kepada perlembagaan negara dan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, terdapat empat perkara yang tidak boleh dituntut iaitu Agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak keisimewaan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan hak kewarganegaraan.

“Kita sebuah negara yang terbuka maksudnya mereka boleh bercakap apa yang nak dan menuntut apa yang dikehendaki tapi di negara kita ini ada perlembagaan. Saya bagi contoh kita dah bina sebuah rumah dan rumah itu sudah ada bilik tertentu dan bilik ini dah termaktub siapa punya dan jangan sekai kali kita cuba menceroboh bilik orang lain, kita jaga sendiri bilik kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori