Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kadar Kemalangan Di Industri...

KUALA LUMPUR - Kadar kemalangan di industri pekerjaan menurun sebanyak 10,824 kes pada...

Pesakit Diabetes Perlu Selalu...

KUALA LUMPUR - Pesakit diabetes perlu selalu memeriksa kaki mereka bagi mengelak ia...

KTM Terima Surat Jujur,...

BUKAN mudah berjumpa dengan orang yang jujur mahu mengaku salah memohon maaf, apatah...

Penembak Orlando Pernah Disiasat...

ORLANDO - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, Omar Mateen pernah disiasat dan dibebaskan...

Kapten Dalang Kehilangan MH370, Kata Pakar

PAKAR keselamatan udara terkemuka membuat spekulasi misteri kehilangan MH370 dianggap sebagai satu rancangan pembunuhan yang disengajakan oleh kapten pesawat berkenaan.

Beberapa orang pakar yang ditugaskan menyiasat tentang kes kehilangan MH370 berpendapat kejadian itu terjadi berpunca daripada dalang anak kapal itu sendiri seperti dilaporkan Evening Standard.

Pakar menganggap kapten kapal berkenaan Zaharie Ahmad Shah, 53, sebagai angkara yang sengaja dilakukan untuk membunuh diri bersama semua penumpang pesawat tersebut.

Salah seorang pakar, Martin Dolan percaya bahawa kemalangan itu merupakan plot pembunuhan.

“Ia telah dirancang, ini dilakukan dengan sengaja dalam tempoh yang lama,” katanya yang juga mengetuai pencarian pesawat tersebut di Australia.

Menurutnya lagi, Zaharie Ahmad sengaja menerbangkan pesawat itu ke kawasan terpencil yang tidak dapat ditemui orang lain.

Zaharie Ahmad dan Fariq Abdul Hamid.

Pandangan Dolan turut disokong kapten Boeing 777 yang berpengalaman luas, Simon Hardy dengan menyatakan, ketua kapal boleh melakukan apa sahaja di luar batasannya termasuklah menghilangkan pesawat itu dari radar.

“Pada pendapat saya, pesawat tersebut terbang seperti biasa dan sudah pasti tidak ada sebab untuk tentera datang memintas dan menyekat pesawat tersebut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ketika kejadian Zaharie Ahmad hanya diiringi oleh pegawai yang tidak berpengalaman iaitu Fariq Abdul Hamid tanpa kapten pelatih lain yang mengawasinya.


Selepas enam hari pesawat hilang, peralatan komputer Zaharie Ahmad telah diambil.

Ia mengandungi bukti yang menunjukkan kapten itu telah menggunakan perisian simulasi penerbangan sebagai persiapan kejadian tersebut.

Dalam perkembangan lain, beberapa serpihan MH370 telah ditemui sejak kemalangan itu, namun bangkai penuh tidak lagi dijumpai.

Terdahulu, pesawat MH370 bersama 239 orang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, telah hilang tiba-tiba daripada imbasan radar.

Kes itu disifatkan sebagai antara yang paling misteri dalam sejarah penerbangan di dunia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori