Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Malam Malang Tahun 2017”

KUALA LUMPUR - "Saya masih ingat pada satu malam pada 2017. Malam yang...

Video: Paksa Beli Barang...

WANITA lazimnya 'terliur' dengan barangan mewah dan sebahagian besar kaum Hawa menyimpan keinginan...

MT Orkim Harmony Tiba...

KUANTAN - Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirampas oleh lapan lanun warga...

RUU Anti Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan...

Keadaan Banjir Di Perak Semakin Reda, PPS Ditutup

KEADAAN banjir di Perak semakin reda apabila pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pantai Remis telah ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Lapor Astro Awani, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD), Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, beliau amat berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir.

“Kerjasama dan keprihatinan anda disanjung tinggi dan semoga kerjasama ini dapat terus dikekalkan pada masa hadapan demi kemaslahatan rakyat di Daerah Manjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, seramai 37 mangsa dari 10 keluarga telah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.

Manakala PPS di daerah Taiping dan Kerian masih dibuka ekoran keadaan di kawasan tersebut yang belum pulih sepenuhnya.

Jumlah mangsa PPS di SK Changkat Lobak masih sama dengan 12 keluarga dan 52 orang mangsa.

PPS di Sekolah Temerlok, Kampung Temerlok, Trong pula kekal dengan 35 orang dari sembilan buah keluarga.


Seorang jurucakap Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pihaknya masih berada di dalam keadaan berjaga-jaga di dua pusat pemindahan tersebut kerana ada kemungkinan banjir berlaku semula di lokasi tersebut.

Sehingga semalam, mangsa banjir di Perak telah meningkat sehingga mencecah seramai 200 orang.

Punca banjir di negeri ini dilaporkan akibat hujan lebat yang berpanjangan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori