Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib, Anak Gagal Ketepi...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

TNB Tempat Ke-6 Senarai...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menduduki tempat ke-6 dalam senarai jenama...

13,736 Mangsa Banjir Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 13,736 orang setakat...

Jawatankuasa Eksekutif Ditubuh Nilai...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng,...

Kediaman Bekas Perdana Menteri Masih Dikawal Ketat

KUALA LUMPUR – Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini masih menerima kunjungan beberapa individu sejak awal pagi ini.

Hampir 50 kenderaan dilihat memasuki perkarangan kediaman bekas perdana menteri itu untuk tempoh masa yang berasingan.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kediaman bekas perdana menteri itu juga masih dikawal ketat oleh empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di balai polis bergerak yang ditempatkan di situ.

Beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul difahamkan ditugaskan untuk menjaga keselamatan di samping mengawal kawasan tersebut sejak Sabtu lepas.

Selain itu, beberapa petugas media dari dalam dan luar negara masih lagi berkampung di kawasan tersebut demi menanti sebarang perkembangan terkini berkaitan bekas perdana menteri itu. – BERNAMA

Kategori