Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kapal Persiaran Terbesar Di...

WASHINGTON : Kapal persiaran terbesar di dunia, Icon of the Seas milik Royal...

BR1M: Kerajaan Bertoleransi Luluskan...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 705,562 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 yang gagal...

Muktamad Tiada Bas Ekspres...

MUKTAMAD. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perpindahan operasi bas ekspres koridor utara...

Gadis Nasi Lemak Nafi...

POPULARITI yang dikecapi penjual Nasi Lemak Anak Dara membuatkan ada yang 'busuk hati' mengambil...

Kediaman Peribadi Najib Terus Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR – Lebih 50 orang mengunjungi kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini, sejak pagi ini.

Tinjauan Bernama mendapati anggota Najib Razak Kelab 11 (NRC11) merupakan antara yang pertama mengunjungi kediaman itu untuk menemui Najib bagi bertanya khabar pagi tadi.

Pasukan polis juga masih mengawal ketat laluan masuk ke kediaman Najib, namun petugas media yang ‘berkampung’ di kawasan kawalan polis tidak dibenarkan memasuki laluan tersebut.

Kira-kira 15 pengamal media tempatan tetap berkumpul di kawasan berkenaan bermula seawal 8 pagi tadi bagi menanti sebarang kemungkinan berikutan banyak dakwaan dan laporan turut dibuat ke atas Najib.

Pada Sabtu lepas, Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah disenaraihitamkan untuk ke luar negara.


Terbaru, bekas Pengarah Risikan dan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Idris hari ini membuat laporan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan Najib. – BERNAMA

Kategori