Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Aksi Berani Selamatkan Gadis...

NEKAD... Tindakan berani remaja perempuan membuka pintu kereta yang sedang bergerak telah menyelamatkan...

Anggota Unesco Terima Manfaat...

PARIS - Projek bernilai lebih daripada US$5 juta telah diluluskan selama dua tahun...

Tutup Sementara Ibu Pejabat,...

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat dan Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia...

Moratorium Lombong Bauksit Di...

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang...

Keganasan Di Gaza: Erdogan Anggap PBB Gagal

ANKARA – Bagi Presiden Turki, Tayyip Erdogan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah runtuh berikutan kegagalannya menangani keganasan di Gaza yang menyebabkan lebuh 60 penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel.

Keganasan yang berpunca daripada tunjuk perasaan membantah pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis itu dikecam antarabangsa berikutan tindakan Israel menggunakan peluru hidup terhadap pendudul Palestin yang tidak bersenjata.

Reuters melaporkan, menurut Erdogan, majoriti masyarakat antarabangsa gagal bertindak terhadap keganasan di Gaza dan memberi amaran, jika terus berdiam diri, ia akan membuka pintu yang lebih bahaya.

“PBB sudah berakhir. Ia ‘keletihan’ dan runtuh.

“Jika keganasan Israel berterusan didiamkan, dunia akan terseret menjadi huru-hara,” katanya.

Sementara itu di Ottawa, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa siasatan bebas diadakan berikutan lebih 60 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel sejak Isnin lalu.


“Keganasan melampau dan penggunaan peluru hidup sesuatu yang tidak boleh diterima. Amat penting untuk kita mengetahui fakta mengenai apa yang berlaku di Gaza.

“Kanada mendesak siasatan bebas segera dijalankan untuk mengkaji secara menyeluruh fakta di lapangan, termasuk hasutan, keganasan dan penggunaan kekerasan berlebihan,” katanya yang dilaporkan AFP. – Agensi

Kategori