Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Datuk ‘Sado’ 72 Tahun...

MESKIPUN tergolong dalam kategori warga emas, ianya tidak mengalang seorang datuk dari China...

Euro 2016: Iceland Cipta...

PASUKAN Iceland mencipta sejarah tersendiri apabila  layak ke peringkat suku akhir Piala Eropah 2016 selepas...

Percubaan SPM Bukan Untuk...

PETALING JAYA - Kementerian Pendidikan tidak pernah membenarkan mana-mana institusi pengajian tinggi swasta...

Kenali ‘Suri’ Seri Paduka...

ANGGUN... Nama Oksana Voevodina sejak semalam tular bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh...

Kegelisahan Pasaran Lenyap Selepas Kabinet Dibentuk

KUALA LUMPUR – Sentimen kegelisahan dalam pasaran tempatan ekoran kejutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah bersifat sementara dan akan lenyap sebaik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan barisan Kabinetnya.

Tokoh perbankan yang juga Pengerusi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Tan Sri Azman Hashim berkata beliau yakin dengan keupayaan perdana menteri baharu itu berikutan pengalaman dan kepakaran Dr Mahathir mengemudi negara ini ketika krisis mata wang Asia pada 1997.

“Kita yakin dengan apa yang mampu dicapai Dr Mahathir dan saya percaya keyakinan pelabur akan kembali ke pasaran dengan pantas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) di sini, hari ini.

Azman berkata, Dr Mahathir juga telah memberi keutamaan terhadap usaha meneliti keadaan kewangan dan ekonomi negara yang sememangnya baik bagi menyuntik keyakinan pelabur.

Selain itu, beliau turut menegaskan keutamaan pendidikan profesional dan peri pentingnya aspek keahlian AICB untuk mereka yang menyertai sektor itu, sejajar dengan perubahan yang melanda landskap perbankan masa kini.

“Sebagaimana yang anda ketahui, penyelewengan serius yang berlaku dalam krisis kewangan lepas telah menjejaskan reputasi sektor perbankan. Ini membuktikan krisis profesionalisme dalam kalangan ahli perbankan dan seterusnya menyebabkan kehilangan keyakinan dan kepercayaan awam.


“Ingin saya ingatkan, aspek kepercayaan masih merupakan teras perbankan. Kita berada dalam satu bidang yang mana orang ramai menyimpan wang dalam bank kerana mereka percayakan kita.

“Oleh itu, tanggungjawab kita adalah melindungi integriti dan kestabilan sistem perbankan yang menjadi nadi kepercayaan dan keyakinan awam terhadap industri kewangan,” katanya.

Azman berkata keahlian AICB juga telah meningkat kepada lebih 17,000 setakat ini berbanding 12,000 pada akhir tahun lepas. – BERNAMA

Kategori