Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PM Ucap Syabas Kejayaan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Ahmad Maslan Tanya Wan...

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan...

Hari Ini Bukan Milik...

INCHEON - Atlet lompat bergalah negara Iskandar Alwi gagal membuat lompatan terbaik dan...

Inovasi Benih Padi IS21...

SEKINCHAN: Benih padi jenis IS21 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

Kemalangan 8 Kenderaan Di Jambatan P.Pinang

SEKURANG-KURANGNYA lapan kenderaan terlibat dalam kemalangan bertembung sesama sendiri di kilometer 5.4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Prai, semalam.

Antara kenderaan yang terlibat dalam insiden yang berlaku 3.35 pagi itu termasuklah lori tunda dan pacuan empat roda Toyota Hilux polis bantuan.

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, punca kemalangan datang daripada sebuah lori yang telah bertukar haluan secara mengejut dari lorong tengah ke lorong sebelah kanan.

Manakala dua pemandu kereta di belakang lori tersebut tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan.

“Kira-kira 10 minit kemudian, polis bantuan yang menaiki Toyota Hilux dan pemandu lori tunda tiba di lokasi kejadian.

“Belum sempat memberi bantuan, sebuah kereta merempuh Toyota Hilux dan lori tunda berkenaan,” ujarnya.


Dua kenderaan lain yang tidak sempat mengelak kemalangan turut bertembung dengan kenderaan tersebut.

Setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori