Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Dilanggar Lori...

TAIPING - Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kecederaan pada bahagian kepala selain...

Buruh Dihukum Penjara 11...

KUALA LUMPUR - Seorang buruh dihukum penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang...

Kaki Berlubang Dimamah Kutu...

MELBOURNE - Seorang remaja ‘berlubang’ kedua-dua kakinya selepas dimamah serangga ketika berendam dalam...

Remaja Maut Motosikal Bertembung...

KEMAMAN - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah...

Kemenangan Heng Di Gopeng Dapat Bawa Suara Wanita

IPOH – Pengundi di kawasan Parlimen Gopeng, khususnya wanita digesa mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Datuk Heng Seai Kie supaya suara serta harapan golongan itu dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata Heng yang juga Ketua Wanita MCA merupakan calon berpengalaman dan sangat terkenal dengan khidmatnya dalam memperjuangkan nasib kaum hawa.

“Suara dan aspirasi wanita penting di dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), dan calon-calon wanita yang kita kemukakan datang daripada kalangan mereka yang betul-betul berpengalaman, bukan dipilih sekadar bagi memenuhi kuota sahaja.

“BN amat serius mengenai aspek ini, ada parti lain yang hanya meletakkan wanita sebagai satu gimik politik dan tidak serius, tetapi bagi BN kami mahu calon kami menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ipoh Jaya di sini, hari ini.

Heng yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat​​​​​​​ berdepan pertandingan tiga penjuru dengan penyandang di kerusi Parlimen Gopeng iaitu Dr. Lee Boon Chye daripada ​​​​​​​PKR-DAP dan Ismail Ariffin (PAS) dalam pilihan raya umum kali ini.

Dr. Lee memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 15,309 undi pada PRU13.


Bagi PRU14, Gopeng mempunyai 99,167 pengundi berdaftar.

Sementara itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita BN berkata lawatannya hari ini bertujuan memberi semangat dan meninjau gerak kerja jentera wanita BN di Gopeng sepanjang tempoh kempen.

“Saya dapat melihat semangat kekeluargaan antara parti komponen BN begitu kuat di sini, dan saya juga difahamkan pengundi di sini sangat ‘mendahagakan’ pemimpin baharu untuk membawa pembangunan di kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori