Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Aksem Rampas Rokok Seludup...

KOTA BHARU - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kelantan merampas 11,200 karton rokok putih...

AADK Kedah Tahan 10...

ALOR SETAR - Sepuluh individu disyaki penagih dadah termasuk seorang abang dan dua...

APMM Labuan Tahan Bot...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menahan sebuah bot nelayan...

Mowgli Malaysia Akui Tiada...

HEBAT... Rupanya Malaysia juga ada Mowgli iaitu watak dongeng dalam The Jungle Book,...

Kepala Tercucuk Parang Masih Boleh Berjalan, Cerita

SEORANG banduan di Brazil selamba berjalan dan bercerita dengan tenang kejadian yang menimpa dirinya dalam keadaan sebilah parang sedang tercacak di kepalanya.

Lapor Daily Mail, lelaki yang dikenali sebagai Pedro Forreira, 34, diserang dengan parang ketika bergaduh dengan banduan lain bernama Antonio da Silve, 27, di Penjara Profesor Barreto Campelo, Pulau Itamaraca.

Menurut Forreira, dia diserang secara tiba-tiba selepas diminta pergi ke sel Antonio.

“Saya diberitahu agar pergi ke sel Antonio dan sebaik tiba saya diserang dengan menggunakan parang,” kata Ferreira kepada polis.

Insiden tersebut menyebabkan dia telah dikejarkan ke Hospital Pemulihan di Recife bagi mendapatkan rawatan. Selama lima jam diperuntukan bagi menjalani sesi pembedahan di kepalanya mengeluarkan senjata itu.


Mujur insiden ngeri itu tidak menyebabkan banduan ini mengalami komplikasi jangka panjang.

Kecederaan yang menimpa Ferreira yang dianggap agak serius bagaimanapun banduan tersebut dilihat tenang dan seperti tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya.

Siasatan behubung insiden itu didapati motif di sebalik serangan tersebut juga adalah kelemahan kawalan keselamatan yang membenarkan banduan memperoleh senjata.

Terdahulu, Ferreira dipenjarakan atas sebab kes rompakan bersenjata pada tahun 2004 dan telah ditahan di penjara itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori