Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Saksi Kes...

KUANTAN - Polis Pahang sedang menjejaki seorang lelaki, Tuan Mohd Yusri Tuan Long,...

Kristian Congo Larang Wanita...

BRAZZAVILLE - Republik Congo yang dikuasai pemerintah Kristian Katholik mula melarang penggunaan 'veil'...

Zurin Sekali Lagi Dituduh...

JOHOR BAHRU - Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ sekali lagi didakwa di...

Naluri Bapa Yakin Anak...

KEMAMAN – "Naluri saya kuat mengatakan Khairil Ikmal Danial masih hidup, mungkin terdampar...

Kerajaan Akan Teruskan PERMATA – Wan Azizah

PROGRAM Permata Negara (PERMATA) perlu diteruskan kerana dianggap sebuah program yang baik dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak, jelas Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Lapor akhbar tempatan, Timbalan Perdana Menteri berkata, PERMATA akan diteruskan dengan ditambah baik dalam segenap sudut dan akan diaudit terlebih dahulu termasuk aspek keberkesanan program, peruntukan dan kos.

“Permata merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.

“Ia akan diteruskan untuk kanak-kanak, tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni,” katanya di pejabatnya bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pagi tadi.

Ujar beliau yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, pada pandangannya Permata lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.


Program PERMATA yang merangkumi program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia merupakan cetusan idea isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung PERMATA sebelum ini.

Tumpuan diberikan kepada kanak-kanak bagi mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, emosi, jasmani, rohani, komunikasi dan sosial.

PERMATA adalah instrumen tepat dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan cendikiawan dan pakar dalam pelbagai bidang. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori