Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

APMM Selamatkan 11 Pelancong...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu berjaya menyelamatkan 11...

“Nampak Bra Pink, Bukan...

SUSULAN dikecam netizen baru-baru ini berikutan berpakaian menampakkan lurah dan perut, terkini penyanyi...

Jabatan Penjara Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara menafikan dakwaan bekas banduan Penjara Sungai Buloh dikenali sebagai...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS)...

Kerajaan BN Giat Bangun Lahad Datu Menjadi Bandar

LAHAD DATU – Imej Lahad Datu sebagai pekan kecil sudah berubah selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pembangunan berperingkat ke arah mencapai status perbandaran seperti Tawau dan Sandakan.

Lahad Datu, yang terletak di bawah Parlimen Silam, pernah menarik perhatian rakyat Malaysia dan dunia susulan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer daripada pekan ini lima tahun lepas.

Namun, perkara itu tidak menghalang kerajaan untuk menyelaraskan pembangunan di daerah ini yang merangkumi keluasan 6,500 kilometer persegi itu, sekali gus memberi manfaat positif kepada penduduk setempat.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Iman Ali berkata kerajaan negeri dan pusat tidak meminggirkan daerah ini malah para pemimpinnya bekerja gigih untuk memastikan rakyat terus mendapat limpahan manfaat daripada pembangunan yang dilaksana kerajaan.

“(Penduduk) Lahad Datu beruntung di bawah pemimpin kerajaan BN kerana pembangunan sentiasa ada dari tahun ke tahun,” katanya kepada Bernama.

Iman berkata kerajaan begitu prihatin malah banyak projek untuk rakyat sudah siap dan mulai beroperasi termasuk Mahkamah Anak Negeri, Klinik Kesihatan di Silabukan dan Kompleks Sukan Lahad Datu.

Malah, katanya, setiap tahun kerajaan Persekutuan melalui kerajaan negeri memberikan peruntukan kepada daerah ini untuk membantu membaik pulih rumah atau membina rumah baharu untuk keselesaan rakyat.

“Kemudahan asas jalan terus ditambah baik termasuk membina Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Pakej Jalan Pintas Lahad Datu sejauh 7 km daripada Batu 7 Jalan Silam sehingga Batu 3 Jalan Segama. Selain itu, kerajaan turut membangunkan projek bekalan air dan elektrik luar bandar di Lahad Datu,” katanya.

Limpahan pembangunan di Lahad Datu turut merangkumi pembangunan keselamatan dengan kerajaan menempatkan pusat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) serta membina kompleks Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am bagi memantapkan kawalan keselamatan di Lahad Datu.

Beliau berkata kerajaan turut membangunkan potensi pelancongan di Lahad Datu termasuk destinasi terkenal Menara Kayangan dan Gunung Silam, Lembah Danum serta Pusat Hidupan Liar Tabin.

“Pelancongan di Lahad Datu akan terus diperhebat dari semasa ke semasa dan turut dikunjungi pengkaji sains untuk ke Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam,” katanya sambil memberitahu bahawa potensi pelancongan mampu menjana peluang pekerjaan untuk belia Lahad Datu.


Iman berkata kerjasama kerajaan dan swasta juga penting bagi merancakkan ekonomi penduduk serta membangunkan Lahad Datu.

Sementara itu, beberapa penduduk Lahad Datu yang ditemui melahirkan kesyukuran dengan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan BN.

Juhairin Mukri, 25, berkata BN perlu kekal menerajui kerusi Parlimen Silam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana rakyat pasti menerima lebih banyak manfaat di masa hadapan.

Senada mengenai perkara itu, Rosminah Laangku, 34, mengakui bahawa pimpinan BN membolehkan rakyat memperoleh pembangunan.

Namun, beliau berharap BN dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada para belia.

Pengerusi Persatuan Cina Lahad Datu, Tan Cheng Teng pula berkata BN adalah kerajaan yang sepatutnya memerintah negara kerana ia dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Lahad Datu turut berharap kerajaan dapat menambahkan lagi keperluan hospital seperti mesin haemodialisis. – BERNAMA

Kategori