Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Selamba Biar Anak Conteng...

SERING sahaja kita mendengar keluhan masyarakat tentang sikap ibu bapa yang tidak kisah...

Semangat Persaudaraan Faktor Kejayaan...

SANDAKAN - Semangat persaudaraan yang tinggi di kalangan anggota parti menjadi faktor utama...

Speaker Terengganu Serah Notis...

KUALA TERENGGANU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong...

Bekas Naib Pengerusi DAP...

KUANTAN - Bekas Naib Pengerusi DAP Raub, Chin Choy Hee yang mengesahkan keluar...

Kerajaan BN Ikhlas Bantu Penuhi Keperluan Rakyat

SIMUNJAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri telah mengingatkan pemimpin peringkat akar umbi serta ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang benar-benar ikhlas membantu bagi memenuhi keperluan rakyat.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mahu supaya mesej itu disampaikan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan kampung yang di bawah jagaan masing-masing.

Nancy berkata demikian semasa beliau melawat ke Kampung Sungai Labi dan Kampung Sabang yang terletak di seberang sungai di Daerah Simunjan untuk menemui ketua-ketua sub-ranting PBB serta ahli jawatankuasa (AJK) PBB di kedua-dua kampung tersebut.

Dalam ucapannya Nancy mengingatkan penduduk di kedua-dua kampung itu agar tidak terpedaya dengan pihak pembangkang yang hanya datang berkempen setelah kampung-kampung tersebut menerima kemudahan daripada pihak kerajaan BN.

Menurut Nancy lagi, keadaan geografi dan laluan sungai yang sangat mencabar tidak menjadi halangan untuk kerajaan menyalurkan kemudahan bekalan elektrik ke kawasan kampung itu yang berada di seberang sungai.

Seorang penduduk di situ, Lenit Anak Buang berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah membina jalan konkrit untuk memudahkan perjalanan ke kampung mereka.


Selain jalan, kampung berkenaan turut menerima kemudahan bekalan elektrik.

Perjalanan bot dari Daerah Simunjan ke Kampung Sungai Labi memakan masa 20 minit dan kemudian perlu berjalan kaki kira-kira 20 minit untuk ke Kampung Sungai Labi.

Selepas lawatan di Kampung Sungai Labi, Nancy dan rombongan seterusnya berjalan kaki meredahi hutan ke Kampung Sabang atas tujuan yang sama. – BERNAMA

Kategori