Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan ‘Sound’...

AHAD lalu, heboh di Instagram apabila Rozita Che Wan memuat naik gambar seorang...

Di Sebalik Runtuhan Kota,...

KOTA PALU (Sulawesi Tengah) - Di sebalik sisa runtuhan kota Palu, penduduk di...

Seorang Isteri Maut Dibakar...

SUNGAI PETANI - Seorang isteri maut dibakar suaminya, dipercayai akibat dendam di sebuah...

Punan Bah Dan Long...

KUCHING - Dua penempatan di tebingan Batang Rajang dekat Belaga, dilanda banjir hari...

Kerajaan Pakatan Harapan Pikul Amanah Besar

KULAI – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) termasuk di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dua hari lepas, adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang diberikan oleh rakyat.

Justeru, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata barisan kepimpinan PH diingatkan agar tidak begitu selesa dan mengulangi kesilapan yang dilakukan kerajaan sebelum ini dalam mentadbir negara.

“Kita dapat lihat bagaimana tsunami rakyat, yang kuat inginkan perubahan dan kita boleh lihat bagaimana kepuasan mereka (rakyat) setelah beroleh kemenangan.

“Rakyat memberi pengajaran dan ini satu peringatan kepada kita. Kemenangan ini bukan untuk kita suka-suka dan paling saya nak sebut ialah jangan ambil kesempatan terhadap khazanah negeri Johor sepertimana dilakukan Barisan Nasional (BN),” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar Pakatan Harapan di sini hari ini.

Salahuddin berkata pentadbiran akan dipraktikkan PH adalah tadbir urus baik bagi mewujudkan kerajaan yang bersih.

“Pertama sekali ialah integriti, ketelusan dan kita akan memastikan semua projek, tender akan telus seperti dilakukan Selangor serta Pulau Pinang, dan dari segi ketelusan akan menjadi tonggak utama kita,” katanya.

Salahuddin berkata PH di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berusaha untuk membantu mengatasi masalah rakyat.

“Kita akan sentiasa berfikir bagaimana hendak bantu mengatasi masalah dihadapi rakyat dan jelas mereka simpan terlalu lama apabila Johor Bahru, Pulai, Ledang dan Muar jatuh dan ini menunjukkan mereka marah dengan kerajaan sebelum ini dan mengharapkan kita untuk buat yang terbaik.

“Rakyat sudah menghantar isyarat, kita mesti belajar dan ambil pengajaran,” katanya yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan kerusi Parlimen Pulai.


Terdahulu, Pengerusi PH Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Johor akan mengikut jejak langkah seperti dilakukan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor, yang sebelum ini disifatkan prihatin terhadap masalah rakyat.

Beliau berkata kerajaan Johor selepas ini, akan melihat dan meneliti semula kelemahan dan pendekatan terbaik untuk menentukan tahap pembangunan di Johor mencapai sasaran.

Antaranya, pakatan itu komited menambah peluang pekerjaan, peruntukan untuk membina rumah mampu milik, menyambung tempoh pajakan tanah secara automatik selama 99 tahun, memberi bekalan air percuma 10 meter padu kepada golongan B40 dan kembalikan rawatan kesihatan di kampung-kampung, katanya.

“Kita juga akan menghapuskan lesen bagi peniaga-peniaga kecil. Bagaimanapun, mereka perlu membuat permohonan kerana perlu melengkapkan beberapa syarat seperti yang ditetapkan pihak berkuasa kerajaan tempatan,” katanya.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan Johor selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor, manakala Barisan Nasional (BN) memperoleh 19 kerusi dan PAS meraih satu kerusi. – BERNAMA

Kategori