KOTA KINABALU – Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan wanita khususnya yang bergelar ibu tunggal, kata Presiden Persatuan Ibu Tunggal Sabah (Pitsa) Norhanida Anol.
Beliau berkata sebaliknya kerajaan sentiasa memberi peruntukan kepada golongan itu menerusi persatuan berkenaan untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti berkaitan serta program yang melibatkan anggota persatuan.
āKami berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin tentang nasib golongan kami,ā katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Norhanida berkata Pitsa yang kini mempunyai 18 persatuan kendaliannya antara lain bermatlamat memperjuangkan hak wanita dan meningkatkan kemahiran golongan itu.
Sementara itu, Sakinah Abdullah, 60, bersyukur dengan pemberian peruntukan itu yang membolehkan anggota persatuan ibu tunggal di kawasan luar bandar seperti di Tandek, Kota Marudu menjalankan aktiviti.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Longob, Tandek berkata antara program yang telah diadakan termasuk kursus memasak, mengubah hantaran perkahwinan malah turut menghasilkan produk persatuan sendiri.
āSaya harap semua anggota Pitsa dan persatuan kendaliannya terus bersama kerajaan yang terbukti adil dalam membela nasib rakyat termasuk golongan ibu tunggal,ā katanya. – BERNAMA