Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lembaga Pengampunan Serius Teliti...

SHAH ALAM – Lembaga Pengampunan Negeri Selangor akan meneliti dengan serius dan ketat...

Lebih 250,000 Unit PR1MA...

KUALA LUMPUR - Pembangunan 259,882 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara telah...

Pusat Tahfiz Berdaftar Lebih...

KUANTAN - Ibu bapa disaran untuk memilih pusat tahfiz yang berdaftar kerana ciri...

Malaysia Lepasi Sasaran 30%...

KUALA LUMPUR - Malaysia sebenarnya telah berjaya melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di...

Kerajaan Tanggung Beban Jika PTPTN Dihapuskan

LENGGONG – Hasrat Pakatan Harapan dan PAS untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah langkah yang realistik.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata jika hasrat pembangkang itu direalisasikan, ia akan meningkatkan jumlah hutang negara kerana pinjaman sebanyak RM52.86 bilion yang diberikan kepada 2.84 juta peminjam tetap perlu dibayar oleh perbadanan itu kepada institusi kewangan.

“Dalam situasi ini, perbelanjaan lain mungkin terpaksa dipotong misalnya bajet pembangunan, kebajikan, kesihatan atau lain lain bagi tujuan berkenaan… ia pastinya memberi kesan kepada rakyat,” katanya dalam sidang media selepas berkempen di Lawin dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas manifesto Pakatan Harapan dan PAS yang mahu menghapuskan pinjaman PTPTN jika menang PRU14 pada 9 Mei ini.

Sementara itu, Shamsul Anuar yang mempertahankan kerusi Lenggong, berkata beliau akan meneruskan program pembangunan jika terus diberi mandat oleh pengundi kawasan itu.

Sementara itu, beberapa pengundi yang ditemui di sini menyuarakan sokongan kepada BN yang dilihat mampu memberikan pembangunan dan keselesaan kepada rakyat. Pesara sektor awam Musa Isa, 72, berkata ini berbeza dengan pembangkang yang terbukti kucar-kacir dalam kepemimpinan mereka.


“Kerajaan BN banyak melaksanakan pembangunan dan ia terbukti sebuah kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Peniaga kedai makan Zulkurnain Abdul Hamid, 55, pula berharap pengundi tidak membuat kesilapan dalam PRU14 demi masa depan generasi akan datang. – BERNAMA

Kategori