Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ajax Tumbangkan Gergasi Turin

TURIN - Ajax meneruskan aksi luar biasa di pentas Eropah apabila mengejutkan Juventus...

Hampa Meskipun Pecahkan 9...

SEORANG lelaki yang beria-ria mahu memenangi wang sebanyak £1,000, hampa apabila dia balik...

Bekas Simpan Lipstik Berharga...

SANGGUPKAH anda membelanjakan ribuan ringgit demi satu aksesori fesyen sebesar ibu jari tangan...

Singapura Kenakan Caj Rawatan...

SINGAPURA - Singapura telah mula mengenakan bayaran kepada warga asing yang menerima rawatan...

Kerajaan Tidak Akan Sekat Kebebasan Perniagaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyekat kebebasan perniagaan dengan terlalu banyak undang-undang yang akan membebankan pemain industri negara, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata kerajaan lebih berminat untuk melihat lebih ramai pihak dapat menjalankan perniagaan dengan lebih bebas dan mudah tanpa terlalu banyak sekatan undang-undang.

“Kita mengalu-alukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar termasuk FDI (FDI – pelaburan langsung asing). (Namun) FDI terhad kepada membawa masuk modal dan teknologi ke dalam negara, mendirikan kilang, mengeluarkan produk untuk pasaran tempatan dan untuk dieksport.

“Kita dapati, rakyat Malaysia cekap dalam pembangunan dan mampu membina bandar kita sendiri. Keperluan rakyat akan kita tentukan dan semua peluang ini akan kita buka kepada syarikat tempatan,” katanya dalam sesi penerangan kepada RTM dan Bernama di kediamannya di Seri Kembangan di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan hanya akan membuka peluang ini kepada syarikat asing jika tiada kepakaran anak tempatan dalam sesuatu bidang tertentu atau projek infrastruktur mega sahaja namun ia akan dijalankan melalui tender terbuka.

“Jika tender terbuka ini ada melibatkan keraguan atau ganjil, kita tidak teragak-agak untuk menyiasat,” tambahnya.


Dr. Mahathir berkata kerajaan yang baharu juga akan membuat kajian prestasi ekonomi termasuk jumlah hutang sebenar negara dan pengeluaran wang negara.

Jelasnya, rakyat tidak perlu gusar dan curiga mengenai niat kerajaan baharu ini yang hanya mahu membersihkan dan mengurangkan masalah ekonomi negara. – BERNAMA

Kategori