Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

IPG Kampus Bahasa Melayu...

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu dinaik taraf sebagai...

Hafiz Hamidun Beri Amaran...

BELUM reda kes antara penyanyi, Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa apabila Hafiz...

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan...

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap...

Warga AS Bocor Kes...

SINGAPURA - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang membocorkan maklumat lebih 14,000 individu...

Kes Denggi Di Labuan Meningkat Sejak Januari

LABUAN – Jumlah kes denggi di sini menunjukkan peningkatan dengan 27 kes dilaporkan sejak Januari sehingga kini di mana daripada jumlah itu empat orang dirawat dihospital.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata jumlah itu meningkat 200 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan operasi mencegah denggi di kawasan wabak serta pengawasan secara aktif menerusi pusat kesihatan dan hospital yang dihubungi dengan direktorat perkhidmatan kesihatan telah dapat mengesan lebih banyak kes.” katanya kepada Bernama hari ini.

Labuan merekodkan 70 kes demam denggi sejak Januari hingga November tahun lepas.

“Langkah penguatkuasaan telah ditingkatkan bagi mengawal wabak itu ekoran perubahan cuaca yang dialami sekarang.” katanya.


Kini terdapat empat kluster aktif denggi yang melibatkan kawasan padat penduduk iaitu Kampung Layangan, Kem TUDM Membedai, kawasan penempatan yang dikendalikan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian di Kampung Kiansam dan di Saguking.

Dr Ismuni berkata pasukan penguatkuasaan telah mengesan tiga kes di Kg Layangan dan satu kes di kem TUDM dan ekoran itu program gotong-royong membersihkan kawasan berkenaan telah telah diadakan minggu lepas oleh penduduk setempat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat. – BERNAMA

Kategori