Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Polis Antara...

GEORGETOWN - Empat individu termasuk seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP)...

‘Dab Pose’ Mat Moto...

WALAUPUN larangan untuk tidak memberhentikan kenderaan di sepanjang jambatan Pulau Pinang bagi tujuan...

Pemimpin Kanan PKR Tinggalkan...

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin kanan PKR dilihat meninggalkan kediaman Datuk Seri Anwar...

Kevin Morais: Lelaki Yang...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes...

Kes Farid Kamil Ditunda 29 Jun, Sebab Bedah Lutut

TANGGUH… Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, diberitahu Datuk Farid Kamil Zahari yang hadapi enam pertuduhan jenayah, akan menjalani pembedahan lutut pada 15 Mei depan.

Beliau bakal dibedah di sebuah hospital di Damansara dan perkara itu dimaklumkan peguam, Faizul Mohd Nasir, dalam prosiding sebutan semula keenam-enam kes dihadapi pelakon dan pengarah popular berkenaan.

Terdahulu dalam prosiding terbabit, Majistret Salamiah Salleh menetapkan 6 Jun depan bagi sebutan semula kes dihadapi oleh selebriti kelahiran Kedah yang berusia 37 tahun tersebut.

Bagaimanapun, Faizul memaklumkan kepada mahkamah bahawa suami pelakon, Datin Diana Danielle itu akan menjalani pembedahan lutut yang mengambil masa untuk proses penyembuhan.

“Justeru, saya memohon mahkamah supaya tarikh untuk sebutan akan datang dilewatkan,” katanya. Mahkamah kemudian menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham, Faizul memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan hantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan semua pertuduhan dihadapi Farid Kamil.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee dan Fazeedah Faik. Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil berdepan empat pertuduhan jenayah.


Ini termasuk mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas serta berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara, kira-kira jam 1.20 tengah hari 11 Januari lalu.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol, iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid‘ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pukul 4.30 petang hari sama.

Pada 9 Mac lalu, Farid Kamil didakwa sekali lagi, iaitu mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan keterangan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis menerima laporan itu.

Pelakon filem J Revolusi itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, pada pukul 5.54 petang 31 Januari lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori