Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Dilabel Individu Yang Teruk...

KUALA LUMPUR -Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Menteri di Jabatan Perdana...

UAE Larang Sebar Foto,...

ABU DHABI - Kementerian Dalam Negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi amaran kepada...

Timor Leste Sedia Bekal...

KUALA LUMPUR - Timor Leste bersedia membekalkan tenaga kerja sebagai pembantu rumah ke...

Pecah Amanah: Bekas Presiden...

IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan...

“Kita Tak Ada Peguam Negara Buat Masa Sekarang”

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata hari ini buat masa sekarang negara “tidak mempunyai Peguam Negara”, dan beberapa nama kini sedang dipertimbangkan bagi mengisi jawatan itu.

Beliau berkata, kerajaan mengenakan sekatan tertentu ke atas sejumlah orang yang mungkin terbabit dalam dalam salah laku, atau membuat keputusan yang tidak betul di bawah pentadbiran terdahulu.

“Jadi buat masa ini kita tak ada peguam negara. Kita sedang menimbang beberapa nama tetapi kita perlu mengkaji kesesuaian calon-calon,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada wakil media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini.

Semalam Dr. Mahathir dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan akan menyiasat agensi tertentu serta peranan orang berkenaan seperti Peguam Negara dengan tujuan mencari mereka yang menunjukkan kecenderungan untuk melakukan rasuah atau mereka yang telah melakukan perbuatan rasuah. – BERNAMA

Kategori