Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penerbit Filem Ditahan Di...

KUALA LUMPUR - Seorang penerbit TV bebas warga Malaysia dan enam kru ditahan...

Peluru Pelancar Roket Punca...

GURUN - Polis hari ini mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di...

Remaja 16 Tahun Mati...

MELAKA - Hasrat seorang remaja berusia 16 tahun menyambut Hari Keluarga di pantai...

Jenazah Kapten Affendi Dibawa...

Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut...

Kolej Komuniti Jeli Akan Dibina Di Bukit Bunga

TANAH MERAH – Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kolej Komuniti Jeli akan dibina di Bukit Bunga di sini dan tendernya diluluskan dalam tempoh dua minggu lagi.

Kolej Komuniti Jeli akan dibina di kawasan seluas 3.2 hektar itu melibatkan kos RM30.5 juta dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pembinaan kolej itu adalah penting untuk melahirkan graduan dan usahawan berdaya saing seterusnya berjaya dengan kemahiran yang dipelajari di kolej tersebut.

“Ia merupakan agenda pembangunan kami (Barisan Nasional) di Kelantan untuk memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah kolej itu di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Adhan Kechik.

Mustapa yang juga calon BN di kerusi DUN Air Lanas berkata selama 12 tahun, Kolej Komuniti Jeli menjalankan operasinya di premis kedai yang disewa di bandar baru Bukit Bunga.


Kolej komuniti itu adalah yang kedua terbesar dibina di negeri ini selepas Kolej Komuniti​​​​​​​ Kota Bharu di Ketereh, katanya.

Beliau berharap rakyat mendapat memberikan mandat kepada BN pada PRU14 ini untuk parti itu melaksanakan agenda pembangunan di Kelantan. – BERNAMA

Kategori