Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nahas Lion Air: Tiada...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian pesawat...

Polis Rampas 33 Kereta...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 33 buah kenderaan mewah dipercayai kenderaan klon bernilai RM3...

Sudah Tiba Masa Pilihan...

TANAH RATA - Dakwaan berlaku kempen politik wang, penyalahgunaan aset kerajaan untuk berkempen,...

25,574 Berdaftar Dalam Sistem...

KUCHING - Sejumlah 25,574 orang kurang upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Konflik PAS & Amanah Beri Kelebihan Kepada BN

KOTA BHARU – Konflik antara PAS dan Amanah memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan mandat daripada rakyat bagi mentadbir Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata konflik tersebut memberi gambaran kedua-dua parti itu tidak relevan bagi memerintah negeri berkenaan.

“Mereka (PAS dan Amanah) berdepan masalah untuk meyakinkan pengundi mereka, oleh itu kita (BN) akan terus berusaha menarik sokongan rakyat untuk menawan semula Kelantan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan dengan calon BN bagi DUN Kok Lanas, Melor dan Kadok bagi PRU14 di Putra Chengal, Ketereh di sini, hari ini.


Perjumpaan itu turut dihadiri Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Annuar berkata rakyat kini sudah matang dalam memilih mana-mana parti banyak memberikan sumbangan berbanding parti yang banyak menimbulkan masalah. – BERNAMA

Kategori