Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Remaja Divaksin Selepas 80...

KOTA KINABALU - Vaksinasi untuk golongan remaja bakal dimulakan apabila 80 peratus populasi...

Hovid Terima Lesen Pembuatan...

KUALA LUMPUR - Hovid Bhd menerima lesen pembuatan bagi kilangnya di Chemor daripada...

Tuntutan Sulu Ditolak Penting...

PETALING JAYA : Kemenangan berganda Malaysia setelah Mahkamah Rayuan The Hague semalam menolak...

Raja Zarith Sofiah Bergelar...

JOHOR BAHARU - Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini dimahkotakan...

Kontroversi Lonjak Populariti Zarol Zarif

TERDAHULU nama penyanyi, Zarol Zarif pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan masalah rumah tangga pasangan selebriti, Along Cham dan Zila Seeron.

Biarpun khabar angin kurang enak itu mencalarkan imejnya namun anak jati kelahiran Johor ini mengakui ia sedikit sebanyak membantu pula menaikkan namanya.

“Kes itu sudah senyap sekarang, namun tidak menafikan khabar angin terbabit mempopularkan nama saya.

“Sejak kejadian itu, saya mengelak berduet dengan wanita sudah berumah tangga di Smule agar isu sama tidak timbul,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Zarol juga memberitahu bahawa dia sudah jarang menyanyi di aplikasi karaoke, Smule kerana sibuk dengan jadual seni yang padat.

“Dulu sebelum menyertai AF, saya aktif di Smule sampai nyanyi sehingga empat lagu sehari. Sekarang, dalam sebulan dua atau tiga kali saja, itu pun saya kerap mendapat permintaan daripada peminat untuk kembali aktif seperti dulu,” ujarnya.


Sementara itu, berkongsi mengenai perkembangan diri, Zarol berkata dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengeluarkan single ketiga dan masih sibuk mempromosikan lagu Bidadari yang dilancarkan September lalu.

“Single pertama, Kehilangan diperkenalkan sewaktu di AF, namun lagu itu tidak berjaya mungkin sebab kurang promosi.

“Namun, saya tidak berputus asa dan mengeluarkan Bidadari selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan DR Irma Entertainment.

“Alhamdulillah, single itu diterima baik pendengar dan video muzik bakal menyusul di YouTube tidak lama lagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori