Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

SST: Peniaga, Pengusaha Dapat...

KUALA LUMPUR – Peniaga dan pengusaha pasar raya masih menunggu makluman pihak pembekal...

3 Anggota Polis Mengaku...

JOHOR BAHRU - Tiga anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

23 Kes Varian Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan 23 kes varian baharu COVID-19...

Peniaga Mengaku Salah Ugut...

GEORGE TOWN - Seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari...

Kotak, Beg Berisi Wang Dibawa Ke Bank Negara

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman hari ini selesai mengira semua wang yang dirampas dari unit kondominium Pavilion Residences di Jalan Raja Chulan di sini, minggu lepas.

Sumber berkata wang itu, yang diisi di dalam beberapa kotak dan beg, kemudian dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM).

Proses pengiraan wang tunai itu, yang dipercayai bernilai lebih RM10 juta, dilakukan di pejabat JSJK dengan bantuan agensi lain termasuk BNM kira-kira 4 petang tadi sebelum dibawa keluar premis itu pada 5.45 petang.

Pasukan berkenaan juga melakukan pengiraan barangan lain yang dirampas termasuk barangan kemas, kata sumber itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika ditemui pemberita di sini mengesahkan tentang pemindahan beg dan kotak berkenaan dari pejabat JSJK namun enggan memberitahu jumlah sebenar wang tunai terbabit.

“Semua beg dan kotak yang berisi wang tunai ini akan dibawa ke Bank Negara Malaysia,” katanya.

Difahamkan, kesemua barangan tersebut dibawa keluar dari pejabat itu dengan kawalan ketat Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM untuk dihantar ke BNM bagi tindakan lanjut.


Tinjauan Bernama di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini yang menempatkan pejabat JSJK Bukit Aman mendapati seorang individu membawa keluar mesin mengira wang dari bangunan itu pada 3.50 petang.

Puluhan pengamal media turut berkumpul di kawasan perkarangan lobi bangunan berkenaan bagi mendapatkan perkembangan terkini kes itu.

Jumaat lepas, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga dari kondominium mewah itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Amar Singh berkata sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga unit kondominium itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • beg

Kategori