Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Restoran Disaran Nyata Jumlah...

KUALA LUMPUR - Pihak restoran disaran agar menyatakan jumlah kandungan kalori makanan yang...

iPhone Bakal Hadir Dengan...

URA-URA mengenai peranti iPhone 7 yang bakal menggunakan kaca AMOLED untuk skrinnya telah...

Maut Akibat Suar Api...

DUA remaja didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang maut kerana terperangkap dalam kebakaran...

Timbalan MB Kelantan Akui...

SETELAH tersebarnya khabar angin di laman sosial dan Whatsapp minggu lalu bahawa Timbalan...

KPDNKK N.Sembilan Diarah Periksa Barangan GST

SEREMBAN – Semua 105 orang pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan diarah supaya membuat pemeriksaan terhadap semua premis perniagaan yang menjual barangan yang mempunyai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di negeri ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Zubir Hamsa berkata setiap pegawai akan memeriksa lima premis peniagaan di negeri ini berkaitan barangan yang mempunyai GST.

“Setiap satu premis mereka wajib mendapat barang yang ada GST iaitu 30 jenis barangan. Jadi, seorang pegawai akan ada data bank sebanyak 105. Semua pegawai KPDNKK di negeri ini akan terlibat membuat periksaan inin sebelum dan pada 1 Jun ini mereka akan periksa semula premis berkenaan untuk mempastikan sifar GST.

“Kita telah gerakan pegawai untuk membuat pemeriksaan itu sejak minggu lepas. Kita akan bandingkan harga di premis terbabit sebelum dan selepas sifar GST. Sekarang ini kita sudah mula ada ‘pangkalan data’ dan mulai 1 Jun itu kita akan semak semula premis yang sama dan barangan yang sama…nak tengok ada penurunan harga atau tidak. Kalau tidak ada penurunan harga, kita akan mengambil tindakan ‘serta merta,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya pihaknya merancang untuk mengadakan operasi bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 1 Jun ini.


Kerajaan mengambil langkah pengenaan GST pada kadar sifar berkuat kuasa mulai 1 Jun ini di seluruh negara.

GST mula dikuatkuasakan dalam negara pada 1 April, 2015 pada kadar standard enam peratus. – BERNAMA

Kategori