Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jaclyn Surprise Peminat Dengan...

SEMALAM baru sahaja namanya disebut-sebut kerana lontaran vokal yang padu semasa menyanyikan lagu...

IG Gimnas Negara Farah...

KASIHAN atlet gimrama negara iaitu Farah Ann Abdul Hadi kerana akaun Instagramnya telah...

Tindakan Terhadap Pembeli Rokok...

KEPALA BATAS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil...

Mufti Perlis Seru Rakyat...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyeru...

Lagi Kren Tumbang Di Makkah, Mujur Tiada Maut

RIYADH – Hanya seorang pekerja disahkan cedera selepas sebuah kren tumbang di kawasan tapak pembinaan di Masjidil Haram, di Tanah Suci Makkah, lapor portal berita tempatan Sabq.

Menurut catatan Twitter rasmi daripada pihak berkuasa Makkah, kejadian pada petang Ahad lalu itu sebenarnya berlaku di kawasan yang agak jauh daripada laluan para jemaah dan pelawat ke masjid terbesar di dunia tersebut.

Insiden berlaku apabila sebahagian kren mudah alih digunakan dalam kerja pembesaran Masjidil Haram tiba-tiba jatuh menyebabkan pemandu jentera berat itu mengalami kecederaan, namun tiada mangsa lain yang terlibat.

Pentadbiran Makkah dalam pada itu turut mengesahkan dengan berkata bahawa kawasan sekitar Masjidil Haram iaitu tempat kren runtuh itu bukan tempat untuk beribadat serta cukup jauh dari ruang jalan pelawat dan jemaah.

“Satu lengan kren mudah alih jatuh di kawasan pembinaan dalam Masjidil Hharam dan langkah perlu sedang diambil. Tapak itu memang khusus untuk kerja pembinaan dan bukan tempat ibadat serta jauh dari laluan biasa.

“Pemandu kren cuma cedera ringan,” kata pentadbiran itu dipetik daripada laman berita Arab News. Bahagian perbendaharaan Presiden Dua Masjid Suci itu turut menjelaskan situasi kejadian dalam satu kenyataan media.

“Pada pukul 2.30 petang Ahad (7.30 malam waktu Malaysia), lengan kren kecil terlebih beban beralih dari laluan dan runtuh di kawasan kerja terpencil berdekatan Pagar 160 dalam projek peluasan ketiga di Masjidil Haram.”


Pada 11 September 2015, dunia gempar dengan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram mengorbankan seramai 111 nyawa manakala 394 lagi bakal jemaah haji cedera lewat petang Jumaat termasuk tujuh warga Malaysia syahid.

Kejadian 11 hari menjelang wukuf di Arafah tersebut berlaku akibat angin kencang dan hujan lebat. Berikutan itu, sebanyak AS$8.5 juta pampasan telah dibayar kepada mangsa dan waris keluarga. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori