Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Keselamatan Perjalanan Kotak Undi...

ROMPIN - Keselamatan 'perjalanan' Borang 14 yang mengandungi jumlah undi sesebuah pusat pengundian...

Hati-Hati Dengan Golongan Super...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang...

PAS Terima 5,000 Ahli...

KUANTAN- Pertambahan ahli baharu PAS yang mencecah hampir 5,000 penyertaan setiap bulan membuktikan...

4 Tuntutan MA63 Belum...

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat...

Lagu Raya Tak Dapat Sambutan, Sufian Cuba Lagi

SIAPA sangka rupa-rupanya penyanyi Sufian Suhaimi ada mengeluarkan lagu raya sekitar tahun lalu tetapi sayangnya lagi tersebut tidak mendapat sambutan daripada peminat.

Lagu raya berjudul Kasih Lebaran itu dikatakan tidak sempat untuk dipromosikan oleh pihak Sufian dan pihak pengurusannya.

“Saya memang ada satu lagu untuk hari raya. Lagu berjudul Kasih Lebaran itu sudah ada di saluran YouTube sejak awal Jun tahun lalu.

“Mungkin ramai orang tak tahu sebab saya dan pihak pengurusan tidak sempat nak membuat sebarang promosi untuk lagu itu,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Tambah penyanyi berusia 26 tahun itu lagi, ketika lagu berkenaan dilancarkan, ia sudah memasuki bulan puasa tetapi kelab peminatnya semestinya sudah tahu tentang lagu tersebut cuma tidak mendapat sambutan sahaja.

Selain itu, lagu Kasih Lebaran merupakan hasil ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen serta sehingga kini, lagu berkenana telah ditonton hampir 200,000 kali di YouTube.

Walaupun sudah setahun berada di pasaran, bekas tunang kepada pelakon Elfira Loy itu tetap akan mencuba untuk terus mempromosikan lagu tersebut pada tahun ini sebelum menjelang Aidilfitri.


“Insya-Allah, memang ada perancangan untuk melakukan promosi untuk lagu itu pada tahun ini.

“Memandangkan bulan Ramadan pun sudah hampir tiba. Rasanya dah tiba masa yang sesuai untuk lagu itu diperdengarkan,” ujarnya.

Perkara itu mungkin tidak mustahil bagi penyanyi lagu Di Matamu itu apabila dia dengan mudahnya dapat mencipta rekod buat dirinya sendiri apabila lagu berkenaan telah mendapat sambutan hangat.

Masakan tidak, hanya dalam masa satu bulan, lagu Di Matamu telah mencapai tontonan sebanyak hampir 22 juta tontonan di YouTube semenjak pertma kali dimuat naik pada Mac lalu serta sering menjadi permintaan pendengar di kebanyakan stesen radio tempatan.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan lagu itu bukan sahaja dikenali di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Tidak ada istilah saya membeli tontonan sebab lagu Di Matamu semua orang tahu,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori