Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Belasah Lelaki Cuba...

SEORANG wanita berusia 21 tahun yang tidak didedahkan identitinya dianugerah pingat keberanian selepas...

2 Penjenayah Ditembak Mati...

KUALA LUMPUR - Dua penjenayah dipercayai terbabit dalam kegiatan samun di tapak pembinaan...

Boleh Besarkan Kemaluan Lelaki...

SEORANG pakar pembedahan kosmetik Australia mendakwa dapat membesarkan kemaluan lelaki tanpa rasa sakit,...

2 Mayat Dipercayai Nelayan...

PONTIAN - Dua mayat dipercayai dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau...

Lawatan Najib Ke Pekan Disambut Amat Meriah

BERJIWA RAKYAT… Ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak di laman pekarangan Bangunan UMNO Bahagian Pekan di Pahang hari iniĀ disambut dengan laungan kata-kata semangat oleh orang ramai.

Ahli Parlimen itu membuat penampilan kali pertama di khalayak untuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian PekanĀ sejak kediamannya di ibu negara diserbu pihak polis pada malam 1 Ramadan lalu.

Penduduk setempat jelas teruja ceria setelah beberapa jam menanti untuk bertemu sendiri dengan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO ituĀ selepas beliau berundur ekoran Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei lalu.

Anggota Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan), Majlis Permuafakatan NGO Parlimen Pekan dan orang ramai khususnya ahli UMNO di bahagian itu menunggu sejak jam 4 petang ini untuk berjumpa Najib secara langsung.

Media tempatan melaporkan bahawa kehadiran mereka bagi memberi semangat dan sokongan moral kepada Najib yang kini disiasat pihak polis ekoran rampasan sejumlah wang tunai dan barang mewah di rumahnya di ibu kota.

Ketika menunggu, lagu patriotik Warisan dan lagu rasmi UMNO iaitu Bersatu-Bersetia-Berkhidmat dimainkan bagi membangkitkan semangat hadirin yang dalam keadaan jumlah cukup luar biasa dan luar dugaan banyak pihak.

Ada bawa kain rentang antaranya tertera ‘Kami benteng hadapan YB Datuk Seri Najib selagi nyawa dikandung badan’ dan ‘Kami warga anak jati Pekan Pahang sesungguhnya dukung penuh kepemimpinan Datuk Seri Najib’.

Sebaik sahaja beliau tiba pada pukul 5 petang, mereka melaungkan ‘Hidup Najib’ dan mengiringi tokoh tersebut memasuki Dewan Amphitheater untuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan.


Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di daerah ini hari ini yang merupakan kunjungan pertama ke kawasan Parlimen diwakilinya itu selepas PRU ke-14 menyaksikan kekalahan BN di peringkat Persekutuan.

Beliau berbaju kemeja biru tua manakala Rosmah berbaju kurung bunga kuning dan selendang kuning tiba di kediaman mereka di Seri Kenangan kira-kira 12.30 tengah hari, tiga jam selepas meninggalkan Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka disambut kepemimpinan UMNO Bahagian Pekan dan penduduk setempat. Najib ketika ditemui pemberita berkata bahawa beliau pulang ke Pekan kerana rakyat di kawasan tersebut mahu beliau kembali.

ā€œMereka mahu menunjukkan penghargaan mereka dan terus menyokong saya untuk semua perkara yang saya buat. Mereka mahu saya terus berkhidmat kepada mereka sebagai ahli Parlimen. Saya bersyukur pulang ke sini,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Najib dijadualkan turut hadir majlis berbuka puasa, solat fardu Maghrib, solat Isyak, solat sunat terawih secara berjemaah di Seri Kenangan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori