Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gelar Polis Anjing: PDRM...

KUALA LUMPUR - Individu yang bertanggungjawab memuat naik kenyataan menyamakan Polis Diraja Malaysia...

UMNO Selangor Perlu Kerja...

KUALA LUMPUR - Teguran Presiden Umno kepada Umno Selangor seharusnya menjadi pendorong kepada...

Zahirah Macwilson Nafi Putus...

INI bukanlah pertama kali hubungan cinta aktor Zul Ariffin dan aktres Zahirah Macwilson...

Najib Zahirkan Kebimbangan Insiden...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan kebimbangannya berhubung...

Lebih 4,000 Maut Taufan Maria Landa Puerto Rico

NEW YORK – Kira-kira 4,645 maut apabila taufan Maria melanda Puerto Rico tahun lalu, dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding data rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan, iaitu seramai 64 mangsa.

Menurut kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Harvard ke atas ribuan penduduk wilayah itu, kebanyakan mangsa meninggal dunia antara 20 September hingga 31 Disember 2017.

Hampir satu pertiga daripada mangsa maut akibat lewat menerima bantuan perubatan dalam bencana alam terburuk yang pernah melanda Puerto Rico dalam tempoh 90 tahun.

Namun, penyelidik menganggap jumlah mangsa adalah rendah jika dibandingkan dengan keadaan infrastruktur Puerto Rico yang sering diabaikan oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

Hasil penyelidikan itu diterbitkan oleh Jurnal Perubatan New England menerusi dalam talian, bakal mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan jumlah kematian yang amat tinggi berbanding anggaran awal.

Bagaimanapun, Kerajaan Puerto Rico dalam satu kenyataan semalam, menyambut baik hasil penyelidikan itu dan menyatakan kesediaan untuk menjalankan kajian lanjut mengenainya.

Terdahulu, Puerto Rico melantik Universiti George Washington untuk menjalankan kajian mengenai kadar kematian sebaik sahaja taufan berakhir dan keputusannya bakal diumumkan tidak lama lagi.


“Seperti yang diketahui masyarakat dunia, taufan Maria mengakibatkan kemusnahan yang amat dahsyat dan mengorbankan banyak nyawa.

“Kami sudah menjangkakan kadar kematian adalah lebih tinggi berbanding yang sudah dilaporkan,” kata pengarah eksekutif Pentadbiran Hal Ehwal Persekutuan Puerto Rico, Carlos Mercader dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ketua pengarang kajian yang juga pensyarah di Sekolah Kesihatan Awam Harvard T H, di Boston, iaitu Caroline Buckee, belum memberi sebarang maklum balas pesanan e-mel yang dihantar kepadanya. – Reuters/BH ONLINE

Kategori