Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Ditahan Tangkap Ikan...

IPOH - Jabatan Perikanan Perak berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki menangkap...

Bank Islam Agih RM1j...

KUALA TERENGGANU - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengagihkan RM1 juta daripada zakat...

Mayat Budak Lelaki Ditanam...

Kuala Lumpur - Mayat yang ditanam di bawah lantai dapur rumah di Taman...

Lexis PD Kembali Dengan...

Wasap ke nombor ini yea…. : www.wasap.my/60177088791/lexisMNHWSDISEBABKAN permintaan tinggi yang berpanjangan… Kami kembali...

Hamilton Tidak Harap Tuah GP Sepanyol

BARCELONA – Pendahulu kejuaraan Lewis Hamilton berharap dia dapat bergantung kepada persembahan terbaik dan bukan tuah apabila Formula Satu kembali ke Eropah hujung minggu ini.

Tetapi bos Mercedes, Toto Wolff memberi amaran yang mereka akan berdepan kesukaran di Grand Prix Sepanyol yang sering menampilkan drama dan detik mendebarkan sejak beberapa musim lalu.

Hamilton, juara dunia empat kali, mengumpul kelebihan empat mata dalam kejuaraan pemandu apabila pemandu 33 tahun itu memenangi Grand Prix Azerbaijan bulan lalu, selepas pesaing-pesaingnya tersingkir akibat beberapa insiden kemalangan.

Ia adalah kemenangan pertamanya musim ini – melebarkan deretan perlumbaan yang menghasilkan mata buatnya kepada 29 perlumbaan – yang tertinggi setakat ini dan dia mengakui ia adalah kemenangan paling bertuah dalam kariernya ketika Ferrari dilihat lebih dominan.

“Terdapat dua perlumbaan pelik yang meletakkan kami dalam saingan,” kata Hamilton.

“Tetapi kami tahu yang kami tidak boleh mengharapkannya untuk 17 perlumbaan akan datang, atau berapa lagi yang tinggal.

“Kami perlu prestasi terbaik dan keyakinan terhadap jentera.”

Hamilton menang dua kali di litar Catalunya sepanjang empat tahun lalu, tiga kali meraih petak utama ketika kedudukan petak permulaan di litar itu menjadi penentu kepada keputusan perlumbaan.


Tetapi kali ini, kehadirannya dibayangi pesaing utama yang juga juara dunia empat kali Sebastian Vettel yang memburu petak utama keempat berturut-turut tetapi yang pertama di Sepanyol.

Perlumbaan Ahad ini bakal menyaksikan sejauh mana keberkesanan pasukan-pasukan utama menambah baik jentera mereka selepas empat perlumbaan pertama musim ini.

“Ia pasti menarik untuk melihat peningkatan prestasi pasukan-pasukan dan impak terhadap ranking pasukan,” kata Wolff.

“Ia langkah awal dalam perkembangan perlumbaan dan akan berterusan hingga akhir musim.” – myMetro Online

Kategori