Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TPM Ahmad Zahid Meriahkan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Komen Balas Kenyataan TS...

SAYA sengaja mengambil sedikit masa sebelum membuat kenyataan kerana mahu melihat kenyataan Tan...

Palestin Tolak Keputusan Britain...

GLOBAL | Palestin pada Sabtu menolak keputusan Britain untuk menamakan pergerakan Hamas sebagai...

Penganjur Sentuh Anjing Beri...

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan bahawa pihak mereka telah diberikan maklumat salah...

Linggi Diperkasa Destinasi Pendidikan, Pelancongan

PORT DICKSON – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi akan terus diperkasa sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka di Negeri Sembilan selain Port Dickson.

Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi itu Datuk Abdul Rahman Mohd Redza berkata beliau berazam akan menjayakan agenda itu, sekiranya masyarakat memberikannya peluang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), esok.

“Sejak lima tahun lepas lagi, saya sudah bekerja keras mengadakan banyak perubahan di kawasan ini untuk memastikan penduduk menikmati pelbagai kemudahan. Saya yakin bahawa mereka tahu menilai segala hasil kerja saya semasa mengundi bagi PRU14 kelak.

“Antara matlamat perancangan akan datang pula saya ingin mentransformasikan Linggi sebagai destinasi pesona iaitu memajukan kawasan ini dari segi sektor pelancongan,” katanya kepada Bernama di sini.

Selain itu, beliau juga mahu memperkasakan sektor pendidikan bagi memastikan kesemua masyarakat yang diwakilinya tidak tercicir daripada menerima akses pendidikan.

Abdul Rahman berkata hasratnya itu selari dengan impian kerajaan negeri menerusi pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang meletakkan agenda pendidikan sebagai keutamaan.


“Saya akan memberi tumpuan kepada soal pendidikan kerana ia adalah bekalan paling mustajab untuk kita semua terutamanya anak muda dalam usaha membangunkan modal insan dan memacu ke arah negara maju.

“Antara kejayaan pencapaian pendidikan di kawasan ini adalah pada 2015, Sekolah Kebangsaan (SK) Linggi telah dinaik taraf menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SKKSK) Linggi kerana mempunyai rekod pencapaian cemerlang di daerah Port Dickson,” katanya.

Beliau yang menang dengan majoriti undi 3,260 mengalahkan Rosman Jonet daripada PKR pada pilihan raya umum lepas, kini berdepan pertandingan tiga penjuru antara Rusli Abdullah (PKR) dan Noor Mohammad Rizal Ishak (PAS). – BERNAMA

Kategori