Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Geng Mat Rempit Bertempur.....

Texas - Tembak menembak antara geng motosikal di sebuah restoran popular di bandar...

Senator Minta Khazanah Dedahkan...

Syarikat Khazanah Nasional Bhd diminta mendedahkan angka sebenar gaji yang akan dibayar kepada...

Naik Bas Datang Ke...

KOTA BHARU - Seorang penganggur bukan sahaja gagal mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha...

Zakri Serah Surat Tauliah...

PUTRAJAYA : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) Great Britain dan Ireland...

Liza Terharu, Suami Beralah Tangguh Buat Comeback

PENGORBANAN paling berharga yang dibuat oleh suami kepada penyaanyi Liza Hanim benar-benar membuatkan dirinya berasa terharu atas tindakan tersebut.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim ketika ditemui oleh pihak BH Online memberitahu bahawa suaminya, Shah yang juga merupakan ahli kmpulan Indigo itu sanggup menangguh perancangannya untuk kembali aktif dalam bidang seni suara bagi memberi laluaan kepada isterinya tersayang.

“Sebelum ini, Indigo memang mempunyai perancangan untuk muncul semula, tetapi masing-masing mempunyai komitmen. Dalam situasi sekarang, seorang daripada kami perlu berkorban kerana jadual saya sangat padat selepas tamat Gegar Vaganza, tahun lalu.

“Saya bersyukur kerana suami sedia mengalah dan sanggup membantu menguruskan anak serta bisnes kami. Saya hanya berani aktif semula apabila anak sudah boleh berdikari dan perniagaan kami semakin stabil,” katanya.

Tambah Liza, minat dan semangat suaminya terhadap dunia nyanyian masih membara sehingga kini tetapi demi memberi perhatian terhadap perniagaan dan anak-anak, perancangaan itu perlu ditunda terlebih dahulu.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada sekitar tahun 2003 lalu dan hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagi Liza, pengorbanan suaminya itu merupakan satu tindakan yang paling berharga buatnya.


Malah, sokongan yang diberikan oleh Shah atau nama sebeanrnya Mohamed Shahrin Shamsudin turut menambah semangat penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu untuk terus mengukir nama dalam bidang seni.

Janjinya hanya satu iaitu apabila tiba masanya nanti, dia turut akan memberikan sokongan sepenuhnyaa kepada suami tercinta sebagai balasan atas pengorbanan yang tidak terhingga itu.

Dalam masa yang sama, dia mengakui bahawa kekerapan sesuatu lagu yang diputarkan di stesen radio turut membantu supaya lagu tersebut berjaya ‘menangkap hati’ pendengar.

“Stesen radio masih memainkan peranan penting dalam promosi sesuatu lagu. Saya bersyukur kerana Mimpi turut diberi peluang sama, selain sokongan pelbagai platform media lain untuk menaikkan semula nama.

“Ketika ini, saya dan syarikat pengurusan masih bekerja keras bagi memastikan single yang dihasilkan selepas lebih sembilan tahun menyepi diterima lebih menyeluruh,” ujarnya lagi.

Liza merupakan Naib Juara bagi program Gegar Vaganza Musim Ke-4 pada tahun lalu dan selepas berakhirnya program berkenaan, nama Liza sekali lagi dikenali semula di pentas nyanyian dan dia turut keluar dengan single baharu berjudul Mimpi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori