Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kalau Tak Cukup Ilmu,...

BARU-BARU ini posting seorang bapa yang dikenali sebagai Rabie Razak di akaun Facebooknya...

Malaysia Berusaha Bawa Balik...

NEW YORK – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sedang berusaha melalui "cara-cara...

Bantuan Tak Dapat Diberi,...

Nampaknya situasi terkini yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir dilihat semakin meruncing dan bertambah...

Ucapan Murtad Bukan Kalimah...

SHAH ALAM - Ucapan murtad bukan kalimah yang boleh dijadikan mainan semata-mata diungkapkan...

Logo 1Malaysia Di UTC Pahang Diturunkan

KUANTAN – Logo gergasi 1Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini, diturunkan pada 8 pagi ini.

Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja penurunan logo cetusan idea bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009 itu selesai kira-kira 10 pagi.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan, Izad Zainal Muhammad Safian berkata ia dijalankan berpandukan daripada arahan Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan.

“Arahan itu meminta semua logo 1Malaysia yang terdapat dalam UTC turut diturunkan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

UTC Pahang menempatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Pengurusan Air Negeri Pahang (PAIP) serta kemudahan klinik kesihatan dan klinik gigi.


Pusat yang mula beroperasi pada 1 April 2013 itu bertujuan memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan agensi awam di dalam satu bangunan. – BERNAMA

Kategori