Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Beli Uniform Kalis...

JAKARTA - Perusahaan tekstil terkenal, PT Sri Rejeki Isman Tbk (Sritex) berjaya memasarkan...

Pernikahan Ken Zhu Jadi...

SUATU ketika dahulu, siapa yang tidak kenal dengan kumpulan dari Taiwan, F4 yang...

Baik, Buruk Ayam Import

TINDAKAN kerajaan mengimport ayam sejuk beku merupakan langkah bijak bagi menstabilkan harga keperluan...

Tun M Letak Jawatan...

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah...

Logo 1Malaysia Diturunkan UTC Seluruh Negara

LABUAN – Logo 1Malaysia hari ini diturunkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pasar Sentral Labuan, 10 hari selepas pembentukan kerajaan Pakatan Harapan.

Dua unit logo gergasi itu yang berukuran lebih kurang 11.5 meter tinggi dan 5.7 meter lebar mula diturunkan sejak awal pagi sehingga jam 2.02 petang.

Kerja menurunkan logo 1Malaysia ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan bertarikh 14 Mei yang turut melibatkan gambar bekas perdana menteri, bekas menteri besar dan bekas ketua menteri di semua UTC di seluruh negara.

Logo 1Malaysia dilancarkan tidak lama selepas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui negara pada tahun 2009.

Jabatan Penerangan Malaysia Labuan turut membuka enam unit poster papan iklan yang berkaitan dengan 1Malaysia di seluruh Labuan sejak minggu lepas. – BERNAMA

Kategori