Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Akan Kaji Kesan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji kesan jerebu terhadap ekonomi terutama dalam sektor...

Kos Pembikinan Lagu Gerua,...

DILWALE sekarang sedang jadi fenomena dalam kalangan peminat filem terutama penggemar filem Hindustan. Kalau pergi...

TPM Bangga Keputusan STPM...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa bangga dengan...

Kaedah Ternak Ikan Keli...

KOTA KINABALU - Kaedah menternak ikan keli spesies Afrika oleh seorang pengusaha di...

Luahan Hati Shakilla Khoriri Curi Perhatian…

PELAKON, Shakilla Khoriri merasakan dirinya belum pun ‘layak’ untuk mempunyai pasangan hidup seperti suaminya, Fizi Ali yang disifatkan sebagai seorang lelaki budiman.

Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata Fizi yang juga merupakan juruhebah Suria FM berhak mendapat pasangan yang lebih baik seperti mana dikatakan oleh orang disekelilingnya.

Pada masa sama, Shakilla turut memuat naik gambar mereka bersama menerusi laman sosial dan menyifatkan Fizi seorang suami yang terbaik.

“Hidup ni tak adil. Betul. Macam mana lelaki baik macam you ditakdirkan dengan perempuan macam I? You deserved better, macam ramai orang cakap,” tulisnya di ruangan caption di Instagram miliknya pada Khamis.

• So kali ni boleh kira pertama kali balik holiday dan tak berpisah. (Balik rumah masing2) . Balik bercuti dan balik rumah KITA. 😃☝🏻 . Banyak benda sangat i dah share dengan you. Hidup i akan sentiasa dengan you ke lepas ni? Bosan ar 🙊🤭 . Hidup ni tak adil. Betul. Macam mana lelaki baik macam you ditakdirkan dengan perempuan macam i 😩 You deserved better, macam ramai orang cakap. . Tapi you untung dapat jadi best friend i sebab walau i tak mungkin akan jadi yang terbaik dalam hidup you tapi hidup you akan sentiasa BEST selagi you dengan i. . Thank you for everything. Thank you for taking good care of me. Thank you for sharing everything with me. . . Tak…..masih tak sayang you. . @fizialisuria 🤚🏼 . . . 💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Menerusi entri berkenaan juga, Shakilla memberitahu dia mungkin tidak dapat menjadi yang terbaik tetapi berjanji kehidupan Fizi akan sentiasa gembira di sampingnya.

Malah, pelakon drama bersiri Papa Ricky itu turut memberikan penghargaan kepada Fizi yang sentiasa melayan kerenah dan menjaganya dengan baik.


“Tapi you untung dapat jadi kawan baik I sebab walau I tak mungkin akan jadi terbaik dalam hidup you tapi hidup you akan sentiasa best selagi you dengan I.

“Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana menjaga saya dengan baik. Terima kasih kongsi semuanya dengan saya,” ujarnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan tersentuh hati ketika membaca kapsyen tersebut serta menganggap dia seorang yang sangat romantik.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari lalu selepas empat tahun menyemai cinta. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori