Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Reformasi Trump: Apakah AS...

AMERIKA Syarikat (AS) selalu menganggap dirinya sebagai simbol kesejagatan dunia. AS mempromosi dirinya...

Noor Rashid Yakin Telah...

KUALA LUMPUR — Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yakin...

Suami Dikelilingi Wanita Cantik,...

PELAKON kecil molek, Wawa Zainal mengakui dia serba sedikit berasa terganggu apabila suaminya,...

Undi MUDA Undi PH

Penubuhan parti MUDA sebenarnya taktikal PH untuk mendapatkan sokongan pengundi muda pada PRU-15?Itu...

Macam Mimpi, Khai Teruja Dapat Duet Dengan Siti

KEBANYAKAN penyanyi baharu pasti menyimpan hasrat untuk berduet bersama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tetapi siapa sangka, peluang keemasan itu telah diberikan kepada penyanyi Khai Bahar.

Khai bakal berduet bersama dnegan Siti menerusi lagu Cinta Syurga dan aura yang dimiliki oleh penyanyi kesayangan ramai itu telah dirasai Khai sendiri sejak pertama kali mereka bertemu.

Lagu tersebut merupakan versi baharu single Comel Pipi Merah yang akan dinyanyikan dalam bentuk zikir dan ia telah membuatkan Khai mendapat jawapan yang tersendiri mengapa Siti sangat disayangi oleh peminat.

“Tahun lalu, saya terserempak dengan Siti ketika kami mengikuti raptai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0. Ketika itu, saya hanya menegur ‘hai’ kepada beliau.

“Kali ini, suasananya berbeza kerana saya dapat berjumpa dan bekerja dengannya. Terserlah sikap dirinya yang cukup baik,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Malah, selepas berakhirnya sesi rakaman, penyanyi lagu Bayang itu berasa sangat berat hati untuk meninggalkan studio.

Dalam masa yang sama, Khai menyifatkan Siti mempunyai satu auranya yang tersendiri ditambah denga raut wajahnya yang cantik manis dan merendah diri.

“Sudahlah cantik dan manis, merendah diri pula… Semuanya tampak sempurna.

“Ini membuatkan saya terfikir tidak salah atau rugi untuk sesiapapun meminati Siti,” ujarnya lagi.


Sepanjang  bergelar penyanyi, Khai langsung tidak pernah terfikir untuk diberi peluang berduet bersama penyanyi kesayangan ramai itu.

“Saya rasa macam mimpi pun ada. Tak sangka dan langsung tak percaya kerjasama ini terjalin. Saya mengucapkan terima kasih kepada Siti dan pengurusnya, Kak Rozi atas peluang diberi,” tambahnya.

Duet bersama Siti merupakan satu impian yang sudah lama diimpikannya malah ketika dihubungi oleh pihak pengurusan tentang tawaran itu, Khai berasa sangat teruja sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

Bagaimanapun, projek itu merupakan satu rahsia yang perlu disimpan tetapi selepas diumumkan sendiri oleh Siti, penyanyi lagu Luluh itu bertambah semangat untuk berkongsi pengalaman itu bersama peminat.

Lagu Cinta Syurga bakal dipromosikan menjelang Ramadan ini yang turut mendapat kerjasama bersama anggota kumpulan UNIC iaitu Bazli. – MYNEWSHUB.CC

Kategori