Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Petani China Perah Susu...

BEIJING - Seorang petani di Gansu nampaknya cuba mengembalikan konsep menjual susu zaman...

‘Juruterbang’ Dihantar Pulang Dari...

GEORGE TOWN - Dia kelihatan segak memakai pakaian seragam juruterbang, tetapi dia yang...

Pelbagai Agensi Terlibat Kawal...

TANJUNG MALIM – Mesyuarat khas bagi menyelaraskan kawalan keselamatan ke atas kapal layar...

23 Serangan, 5 Letupan...

BANGKOK- Polis Thai semalam melaporkan 23 serangan, termasuk lima letupan bom kecil di...

Mahathir Baharu Atau Mahathir Yang Dulu?

PETANG ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad ke-V dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh.

Beberapa jam tadi, Mahathir kelihatan memberi ingatan keras pada Istana agar menyetujui pelantikan perdana menteri baharu “menjelang jam 5 petang”.

Katanya lagi, perlembagaan menghendaki (Agong) menandatangani pelantikan perdana menteri dan tidak bergantung sama ada suka atau tidak dengan pemimpin itu.

Beliau juga menyebut “bull shit” kepada peguam negara, menunjukkan sikap konfrontasi beliau menjelang memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Sikap keras ini mungkin akibat tekanan kerana masih belum dapat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Kalau kerana itu sahaja, tidak perlulah semua bimbang, tetapi kalau ini menunjukkan sikap beliau sebagai perdana menteri baharu nanti, ini patut membimbangkan.

Kalau ini menggambarkan falsafah “my way” beliau, satu negara akan berdepan satu kesusahan yang besar.

Mahathir sepanjang menjadi PM selama 22 tahun dulu, melaksanakan agendanya tanpa ada sesiapa yang dapat menyekatnya.


Dalam kabinet beliau, tidak pernah ada yang berani melawan kehendaknya, apatah lagi mencabar kuasanya.

Sejarah telah tertulis yang dua timbalan perdana menteri telah tersingkir akibat amarah beliau.

Mungkin seseorang itu boleh berubah, tapi sikap sebegini mungkin ciri yang melengkapkan sifatnya sebagai seorang pemimpin.

Kerana sifat itulah beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang kuat selama beliau memerintah sebagai PM dulu.

Sekarang ini, Malaysia akan melihat dan menilai sama ada Mahathir akan mengulangi sikapnya dulu atau sudah berubah menjadi pemimpin yang lebih terbuka. – Mynewshub.cc

Kategori