Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hisap 40 Rokok Sehari,...

Seorang perokok tegar lelaki dari Turki sanggup bertindak mengunci mukanya sepanjang bulan Ramadan...

Polis Lupus 1,758 Set...

KUANTAN - Sebanyak 1,758 set komputer yang diubah suai menjadi mesin judi bernilai...

Shahrir Tolak Dakwaan Palanivel...

JOHOR BAHRU - Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul...

‘Proton Bukan Kereta Nasional!’...

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kecoh sedikit gara-gara...

Mahathir Bawa Malaysia Kembali Kepada Zaman SST

RAKYAT Malaysia bakal berdepan suasana sistem percukaian lama yang banyak ketirisan apabila Pakatan Harapan (PH) dijangka memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ia dilakukan oleh blok pakatan longgar tersebut sebagai menunaikan janjinya konon berhasrat bagi menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti pernah dicadangkan dalam manifesto mereka sebelum ini.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka akan menggantikan sistem tersebut dengan SST yang berkadar lebih 16 peratus dan pernah diguna pakai sebelum ini oleh peniaga untuk memperdayakan pihak Kastam.

Katanya, pemansuhan GST penting kerana pelaksanaannya konon didakwa sebagai membebankan rakyat marhaen dan dimomokkan telah menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian.

“Ia bukan keputusan yang ke belakang tetapi kita akan mansuhkan GST kerana rakyat tidak perlukannya.

“Oleh itu kita akan kembali ke SST yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini,” kata Mahathir yang disebut bakal menjadi perdana menteri ketika dipetik laporan olehĀ Harian Metro.

Pemansuhan GST antara 10 perkara dalam manifesto gabungan parti politik yang terpaksan bertanding menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ekoran PH tidak diiktiraf Jabatan Pendaftar Pertubuhan.


PH juga sebelum ini telah mengumumkan rancangan itu dalamĀ  tempoh 100 hari pertamaĀ selepas mengambil alih Putrajaya namun Mahathir pernah mendakwa mereka sendiri sukar menunaikan kesemua janjin populis itu.

GST yang diperkenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1 April 2015 menetapkan kadar enam peratus berbandding SST pula 16 peratus iaitu terendah di rantau ASEAN dan antara paling rendah di dunia.

Malah GST tidak dikenakan kepada ratusan barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, cili, rempah ratus, ikan masin, perkasam, cencalok, budu dan belacan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori