Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara 2 Tahun...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dipenjara dua tahun dan denda RM15,000 oleh Mahkamah...

Ubat, Vaksin Kementerian Kesihatan...

GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan menegaskan semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada...

Najib Akan Didakwa Atas...

KOMPLEKS Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta menjadi tumpuan pagi ini susulan bekas...

15 Kes Denggi Dalam...

IPOH - Laporan berhubung 15 kes demam denggi di sekitar kawasan Taman Tasek...

Mahathir Kata BN Sabah Main Kotor Tapi Boleh Di Sarawak

IBARAT paku dulang, paku serpih, tapi kata kepada orang, dia pula yang lebih… Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan bangga mendakwa sedia siasat skandal kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah.

Ia susulan tular tohmahan jahat netizen pro-Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa konon BN Sabah menyogok wang untuk sejumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu ‘lompat’ menyertai blok kerajaan negeri itu.

Ekoran khabar angin tersebut, Perdana Menteri yang paling tua di dunia itu pada sidang media di ibu negara hari ini mendakwa tidak mengiktiraf kerajaan Sabah dan sedia menyiasat salah laku pembentukan kerajaan negeri tersebut.

“Anda akan mendapati ada orang yang lompat parti jika mereka mahu atas sebab prinsip tertentu tetapi jika mereka dibeli, kami tidak akan mengiktiraf itu sebagai cara bertukar parti yang betul. Kami akan siasat kes di Sabah ini.

“Jika kami dapati ada elemen rasuah dan wang dibayar kepada mana-mana menteri atau orang lain untuk menyertai mereka, kami anggap ini sebagai rasuah,” kata Mahathir selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH.

Lucunya, sebuah portal pro-PH terkenal hari ini melaporkan berita eksklusif mengenai usaha beliau sendiri sanggup bertemu secara rahsia dengan Yang Dipertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud mengenai kerajaan BN negeri itu.

Ia didedahkan seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang enggan dinamakan itu dan berkata, mesyuarat khas tersebut turut dihadiri bekas menteri kewangan era Mahathir, Tun Daim Zainuddin di ibu negara.

“Abdul Taib akan memanggil sendiri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sama ada hari ini atau esok untuk berbincang lanjut,” kata pemimpin parti teraju BN negeri tersebut kepada Malaysiakini.

Baca: Siasat Salah Laku Pembentukan Kerajaan Sabah

Juga: Warisan Tidak Iktiraf Kerajaan Baharu Sabah

Dan: 6 Adun BN Sertai Warisan, Bentuk Kerajaan Sabah

Pemimpin PBB terbabit namun tidak menolak kemungkinan untuk membentuk gabungan PH di peringkat negeri, yang dirancang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk keluar BN jika Putrajaya ditawan blok tersebut.

“Kerajaan negeri yang bebas daripada BN akan membawa idea agenda Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya dengan penuh yakin. Abang Johari dijangka memanggil mesyuarat tergempar di Kuching pada Rabu depan.


Ia melibatkan semua anggota Parlimen dan ADUN dari BN negeri itu untuk membincangkan nasib mereka dalam perikatan diterajui UMNO di peringkat Persekutuan. BN Sarawak terdiri daripada PBB, PRS, SUPP dan PDP.

Gabungan tersebut ketika ini mempunyai 19 anggota Parlimen iaitu 13 dari PBB, PRS (3), PDP (2) dan SUPP (1). Jika mereka meninggalkan BN, gabungan itu hanya akan tinggal tidak sampai 60 kerusi di seluruh negara.

Mahathir pernah didakwa sebagai paling jarang melawat Sabah dan Sarawak sepanjang 22 tahun pentadbirannya dahulu serta enggan melayan tuntutan mereka, malah tidak turun berkempen di dua negeri itu semasa PRU lalu.

PH dan sekutunya di Sabah iaitu Parti Warisan yang diketuai Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta seorang anggota Parlimen bebas di kerusi Batu di ibu negata, setakat ini sudah membentuk keseluruhan 122 kerusi di Dewan Rakyat.

Angka tersebut naik kepada 123 kerusi selepas parti komponen BN di Sabah, UPKO semalam bertindak keluar BN dengan presidennya, Madius Tangau, yang juga anggota Parlimen di Tuaran, bekerjasama dengan Warisan dan PH.

Jika semua 19 anggota Parlimen BN di Sarawak menyertai PH, gabungan itu akan memperoleh 143 kerusi, kurang lima kerusi sahaja lagi untuk menguasai majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori