Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Bukti Wang 1MDB...

PUTRAJAYA - Tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan dijalankan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi...

85 Maut Berebut Wang...

SANAA, Yemen – Lebih 80 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera dalam...

KPDNHEP Rampas Diesel Bersubsidi

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor...

Rayuan SRC: Peguam Najib...

Mahkamah Persekutuan hari ini dimaklumkan bahawa bukti baru yang didakwa dalam kes rasuah...

Mahathir Mahu ‘Selamatkan’ Kroni, Bukan Negara

KOTA BARU – Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya bukan mahu ‘selamatkan’ Malaysia sehingga tergamak bekerjasama dengan DAP.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun bekas perdana menteri itu mendakwa beliau mahu menyelamatkan negara ini, namun sebenarnya semua itu hanyalah penipuan semata-mata.

Sebaliknya, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ketereh di Kelantan itu berkata, motif utama calon bagi Parlimen Langkawi itu adalah hanya untuk ‘menjaga’ kroni-kroninya.

Ulas Annuar lagi, sebelum ini Mahathir pernah menuduh DAP dan Lim Kit Siang sebagai rasis dan anti-Islam, namun kini beliau melakukan U-turn pula dengan mendakwa bahawa hanya mahu menyelamatkan Malaysia.

“Saya tidak kecewa Mahathir mengkritik kerajaan dan tidak mempunyai pendapat yang sama dengan Perdana Menteri serta meninggalkan parti.


“Tetapi, apa yang saya tidak dapat terima dan kesali adalah beliau sanggup mengubah prinsip dan maruahnya untuk DAP.

“Ia merupakan sesuatu yang amat berlawanan dengan apa yang beliau lakukan di dalam UMNO suatu ketika dahulu,” kata Anuuar lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori